Pengarahnya Syamsul Yusof pun dah war-warkan dalam akaun Twitternya tentang tarikh tayangan filem Munafik iaitu pada 25 Februari 2016!

Mengikut kata SinarOnline, Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof. Pasti menganggu tidur malam anda.

Anda boleh tengok trailer Filem Munafik di link berikut: https://t.co/SQt0rlX8Z5
Menurut Syamsul Yusof,
"Filem ini juga penuh dengan elemen islamik dan tentunya saya tidak boleh ambil mudah mengenai sensitiviti. Jadi, saya perlu ambil masa untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran. "Saya juga ada merujuk berapa ustaz dari segi hal hukum hakam. Saya juga kerap menghadiri ceramah agama untuk menambahkan ilmu dan mendapatkan input untuk filem ini."Secara tidak langsung dalam tempoh mengumpul idea dan menghasilkan skrip Munafik ini, saya banyak menimba ilmu-ilmu agama. Sekaligus menjadikan saya seorang yang berubah ke arah yang lebih baik," katanya yang turut berlakon dalam filem ini sebagai Adam iaitu seorang ustaz dan pengamal perubatan Islam.
Selain Syamsul, filem yang menelan kos pembikinan RM1.6 juta ini turut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, A Galak, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Sabrina Ali dan Nabila Huda.
Semoga naskhah Munafik ini adalah sebuah perjalanan dakwah yang indah yang disampaikan melalui wadah hiburan tetapi mampu menggetarkan darjah iman seorang hamba kepada TuhanNya. Insyaa Allah.
#sebarkan bahagia.


bila baca ayat dia yg ""Secara tidak langsung dalam tempoh mengumpul idea dan menghasilkan skrip Munafik ini, saya banyak menimba ilmu-ilmu agama. Sekaligus menjadikan saya seorang yang berubah ke arah yang lebih baik,"
ReplyDeletemmg terkena kat hati sbb pernah baca yg, untuk kita berkongsi cerita / ilmu dgn org, kita kena mantapkan jugak ilmu yg kita ada. sekaligus, kalau org taknak dgr apa yg kita nak sampaikan pun, kita still ada ilmu tu kan? :)
Benar tu Hanis..biarkan orang ajak kepada kebaikan. Jika anda tak mahu buat baik, jangan pula halang orang lain jadi baik atau buat baik, kan? Thanks for sharing yr opinion.
Delete