Ilmu SEO perlu dipelajari. Bukan diambil begitu saja, tulis dan kemudian terbitkan. Ada langkah-langkah tertentu yang perlu diselitkan dalam artikel anda. Kena solek sikit...barulah artikel itu cukup 'resepi'nya.

Pentingnya Menulis Dengan Ilmu SEO
Blog Dahulu - April 2013
Blog Sekarang - November 2015
Klik - Untuk imej lebih jelas
Jika dilihat dahulu (2 tahun lepas) berbanding sekarang, memang banyak bezanya. Blog saya dahulunya gunakan template yang cantik, cute miut dan warna-warni. Sedangkan itu semua tidak mengundang trafik ke blog.
Dahulu PV tak sampai 1 juta, sekarang 2 bulan dah boleh dapat 1 juta. Ini semua disebabkan saya gunakan ilmu SEO ketika menulis artikel dengan niat lebih ramai orang dapat membaca apa yang saya tulis.
Bak kata sifu HasrulHassan, alang-alang menulis blog biar sampai dapat duit. Alang-alang menulis, biar sampai dapat 1st ranking pada carian Google..hehe (yang ini saya tambah.)
Langkah pertama yang MESTI anda buat adalah pasang template blog yang mesra SEO. Ada banyak template siap bina dengan mesra SEO. Antaranya:
1. Template daripada Kang Mousir - macam yang saya guna
2. Template by catatan info
3. Thesis for blogspot
Ingat ya, menulis mesti ada ilmu SEO. Itu saja yang saya nak ingatkan buat masa ini...
#sebarkan info


Betul PC setuju...
ReplyDelete