Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita. Hari Jumaat datang lagi. Jumaat adalah penghulu segala hari. Datangnya Jumaat dengan mewangi. Salam selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Semoga kita menjadi antara umatnya yang sentiasa berselawat untuk mengharap Syafa'atnya di hari Kemudian. Insyaa Allah.

Saya pasti ada antara rakan-rakan pembaca di blog ini yang sedang berdukacita atas sesuatu kehilangan, mungkin ada yang sedang mengalami lemah jiwanya, ada pula yang dibebani hutang piutang dan banyak lagi hal musabab yang membuatkan hidup tidak tenteram, maka dengan ikhlas saya kongsikan bacaan doa dari al-Quran surah at-Taubah ayat 128 & 129 yang boleh dijadikan amalan harian.  

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita


Amalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 dan 129. Baca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.

Surah at-Taubah Ayat 128:


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَـقَدْ جَآءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِا لْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ
laqod jaaa-akum rosuulum min angfusikum 'aziizun 'alaihi maa 'anittum hariishun 'alaikum bil-mu-miniina ro-uufur rohiim

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
(QS. At-Taubah 9: Ayat 128)

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita

Surah at-Taubah Ayat 129:


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَاِ نْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۗ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

fa in tawallau fa qul hasbiyallohu laaa ilaaha illaa huw, 'alaihi tawakkaltu wa huwa robbul-'arsyil-'azhiim

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.""
(QS. At-Taubah 9: Ayat 129)

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita

Dengan mengamalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 - 129 di atas, sebanyak 7 kali setiap selesai solat fardhu, kita akan:

1) Segala kelemahan anda bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya.

Semuanya dengan izin Allah jua.

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat membuatkan hidup anda kembali ceria dan bersemangat. Sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close