Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah. Kali ni saa nak share resepi simple, yang semua newbies boleh buat untuk hidangan keluarga tersayang. Oleh kerana rasa kuah singgang yang segar, saya akan hirup kuahnya sepuas hati. Singgang yang tumis bahan-bahannya dengan minyak akan jadi lebih sedap berbanding singgang rebus. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing. 

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah


Bahan-bahan:

Ikan siakap - dibersihkan dan potong 3 bahagian
3 ulas Bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
2 batang cili padi - kisar
2 batang halia - ketuk
Daun kesum secukupnya
Garam dan secukup rasa maggi
1 keping asam keping

Cara penyediaan;

1. Panaskan minyak dan tumis serai sampai naik wangi.
2. Masukkan pula bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air secukupnya, kalau nak kuah banyak, masukkan lebih air
3. Masukkan daun kesum dan asam keping serta kacau hingga rata. 
4. Perisakan dengan garam dan secukup rasa maggi
5. Akhir sekali masukkan ikan siakap dan tutup kuali hingga mendidih

Mudah kan? 

Selamat mencuba. Saya tak masukkan halia dalam kuah singgang kerana gabungan kunyit, asam kepimg dan serai telah menaikkan kesegaran kuah singgang tersebut. Bau harum kuahnya pun dapat dihidu dari jauh. So jangan risau, bau hanyir ikan pun hilang.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close