Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pencapaian Blog Januari 2016

Pencapaian Blog Januari 2016 - Sekali lagi saya kongsikan pencapaian blog aynorablogs.com untuk rujukan kepada pengiklan di luar sana (yang ingin beriklan di blog ini...hehe), dan sebagai info kepada diri sendiri agar lebih cekal menghadapi cabaran dunia yang luas tanpa sempadan.

Setiap blog ada cabarannya. Setiap penulis blog juga mempunyai halangan-halangan tersendiri dalam menghasilkan artikel yang baik untuk blognya. Blog adalah medium yang bagus untuk mewar-warkan kebaikan dan berkongsi kebahagiaan dengan ramai orang. Namun, jangan jadikan halangan sebagai penamat minat anda tesebut...

Saya berharap melalui medium blog ini, saya mampu memimpin ke arah jalan yang lebih positif, hidup lebih bermakna dan cemerlang dalam segala bidang. Saya berharap tulisan-tulisan saya mengandungi secebis nasihat agar saya dapat berbahagia selepas mata terpejam satu ketika nanti. Insyaa Allah.

Statistik Blog Daripada Google Analytics 


Statistik Blog Daripada Blogger.Com 


Sepanjang bulan Januari 2016, mengikut laporan blogger.com, blog kecil saya ni mendapat PV sebanyak 865,665. Alhamdulillah...


Sebagaimana saya membuat pelan perancangan untuk tahun 2016 nak dapat PV melebihi 30K setiap hari, maka saya kongsikan statistiknya di bawah ini:-

  • 12 Januari 2016 - 31,266PV
  • 18 Januari 2016 - 32,692PV
  • 19 Januari 2016 - 31,756PV
  • 25 Januari 2016 - 31,158PV
  • 26 Januari 2016 - 31,396PV
Tercapai juga hasrat tersebut dengan sokongan pembaca di luar sana. Terima kasih kerana masih mempercayai blog saya dan masih mencari info dari blog kerdil ini.

Marilah kita sama-sama mencapai kecemerlangan hidup di dunia untuk bekalan akhirat.

#sebarkan info...
#Nak beriklan di aynorablogs.Com? Emailkan ke aynora.nur@gmail.com.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh.. Tahniah akak :)
    Cantik dan kemas blog akak.. Macamana ya nak jadikan blog saya kemas dan menarik juga macam akak yaa?

    >_<

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close