Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Renungan Buat Mereka Yang Pernah Kehilangan

Kehilangan. Sebuah kata misteri yang menyuntik rasa hiba ke dalam jiwa ketika kita menyedari bahawa kita tak dapat memilikinya lagi. Kehilangan selama-lamanya membuat jiwa rasa lemah dan hampir saja berbisik, separuh nyawaku pergi...tetapi di sebalik rahsia kehilangan, ada sesuatu lebih istimewa dan lebih baik yang menanti kita. Itu pasti!

Artikel Renungan Buat Mereka Yang Pernah Kehilangan adalah kompilasi kata-kata semangat dan renungan buat mereka yang pernah kehilangan. Juga buat mereka yang sedang diuji dengan kehilangan dan persediaan mental kepada mereka yang mungkin akan menghadapi musibah sebuah kehilangan.
Kehilangan...tak semua jiwa mampu menerimanya.  
Renungan Buat Mereka Yang Pernah Kehilangan


Renungan Buat Mereka Yang Pernah Kehilangan


1. Jika kamu kehilangan harta benda kamu tidak kehilangan sesuatu. Jikalau kamu kehilangan semangt dan keberanian, bererti kamu kehilangan banyak hal. Dan jika kamu kehilangan kemuliaan dan harga diri, bererti kamu kehilangan segala-galanya.

2. Dalam hidup terkadang kamu memilih untuk meminta maaf kepada seseorang bukan kerana kamu salah tetapi kerana kamu takut kehilangan dia.

3. Orang yang dinaungi hidayah Allah akan takut jika kehilangan rasa syukur, rasa jujur dan jiwa besar.

4. Jangan pernah kehilangan dirimu di saat mencuba mempertahankan seseorang yang tidak pernah merasai kehilangan dirimu.  

5. Allah selalu memberikan senyum di sebalik kesedihan dan kehilangan. Allah selalu memberikan harapan di sebalik kelelahan.
6. Jagalah solat! Ketika kau kehilangannya, kau akan kehilangan yang lainnya.
7. Dalam hidup kamu harus melupakan apa yang telah pergi, hargai apa yang masih dimiliki dan menanti apa yang sedang menghampiri.

8. Jangan takut akan perubahan. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik tetapi yakinlah kita akan dapat sesuatu yang lebih baik lagi.

9. Apapun yang terjadi hari ini jangan sampai kamu kehilangan rasa percaya diri (keyakinan). Kesulitan tidak akan kekal lama kepada mereka yang sabar dan tetap menghormati dirinya sendiri. Sabarlah. Kebaikan yang lebih besar akan menyapamu.

10. Terkadang kamu harus kehilangan sesuatu yang bererti untuk bisa menyedari dan mensyukuri apa yang kamu miliki saat ini.

Semoga kompilasi kata-kata motivasi di atas dapat menyuntik semangat kepada mereka yang pernah kehilangan. Saat kita kehilangan sesuatu, tetap yakin bahawa Allah sedang memberikanmu 'hadiah'. Hadiah yang berupa ujian tetapi di dalamnya penuh hikmah dan barakah. Insyaa Allah.

#sebarkan kata-kata motivasi...  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close