Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dapat Cek Lagi Dari Nuffnang

Dapat Cek Lagi Dari Nuffnang. Tak ingat untuk kali yang ke berapa...tetapi kalau untuk tahun 2016, rasanya ini kali yang ketiga. Cek ini adalah untuk earning cashout saya daripada iklan Nuffnang yang dipasang di blog ini bagi bulan Februari.

Nak dapat income macam saya? Rajin-rajinlah pasang iklan Nuffnang dan jaga kandungan blog anda. Lebih baik kandungan blog anda dengan niche yang betul bakal menjemput pengiklan berminat dengan anda. Tak percaya? Cubalah...


Dapat Cek Lagi Dari Nuffnang 


Income Nuffnang kali ini agak berkurangan sedikit iaitu hampir cecah RM200 tetapi bersyukurlah dengan rezeki samada kecil atau besar. Yang penting kita gunakannya dengan berhemah, kan...

Dapat Cek Lagi Dari Nuffnang

Kebelakangan ini blog kerdil aynorablogs.com macam dah kurang post entri...hmmm, bersabarlah. Satu masa satu ketika, saya akan berusaha lagi dan kembalikan semangat yang hilang itu. Caranya? Mungkin saya kena blogwalking lagi dan lagi...untuk tambah input, info, dan cari cerita-cerita motivasi untuk saya kongsikan nanti.

Jangan panik jika ilham anda tepu, ia perkara biasa. Setiap pekerjaan dan minat ada dugaannya. 

Kita kena bersedia dengan semua itu.

Doakan saya mendapat ilham yang hilang itu. Dan itulah juga doa saya kepada Pemberi Rezeki, semoga saya diberikan ilham yang baik-baik untuk mengajak kita semua kepada kebaikan.

Insyaa Allah.

#sebarkan bahagia...    

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close