Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Jangan Mengeluh Ketika Di Uji

Jangan Mengeluh Ketika Di Uji. Banyak buku dan kata-kata motivasi yang saya baca berkaitan ujian demi ujian dalam kehidupan setiap manusia. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan mengikut kemampuan setiap hamba. Itu janji Allah.

Jadi, apa yang perlu dilakukan jika anda diuji atau sedang diuji dengan pelbagai ujian yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakah anda akan mengeluh hiba dan berasa lelah dengan semuanya?

Jangan mengeluh bila diuji 

Belajar redha dalam mengharungi ujian, cuba menjadi bahagia, walau sedang berduka, kerana kita tahu ada cintaNya di situ, bersama ujian yang kita lalui.

Jangan Mengeluh Ketika Di Uji


Saya ada terbaca dalam sebuah buku, ditulis begini...

Janganlah mengeluh ketika kamu diuji, sebaliknya bersyukurlah jika kamu diuji. Ucaplah alhamdulillah...

Begitulah indahnya Allah mendidik kita untuk jadi lebih kuat dek kerana ujian demi ujian. Bila kita melepasi tahap pertama ujian, bersyukurlah. Kemudian datang lagi ujian yang lebih besar, seperti kematian orang tersayang. Disitu kita mula lelah, sedih dan bertanyakan kepada Allah, mengapa aku? Janganlah mengeluh duhai sahabat...di situ, di setiap ujian ada hikmahnya. Allah mahu kita jadi orang yang kuat, tabah, sabar dan redha.

Itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap dugaan dan ujian-ujian Allah.


Sabar tidak ada batasnya.

Firman Allah dalam alQuran,

Dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar. (Surah al-anfal: 46)

Ketahuilah bahawa bukan anda seorang yang sedang menghadapi ujian dari Allah. Ada berjuta orang di luar sana menanti ujian dari Allah agar selalu dapat menjadi pengajaran kepada diri sendiri dan sebagai tanda Allah kasihkan kita.

Subhanallah.

Mampukah kita menjadi setabah hamba Allah yang sedemikian. Redha menanti dan meniti ujian ujian Allah.

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang terpuji dan sentiasa dalam kasih dan rahmat Allah.

#sebarkan bahagia
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul tu..bila kita diuji memang akan rasa sedih..tapi percayalah doa adalah sebaik-baik penawar hati yang dalam kesedihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ms Qiya, doa & mengadulah kpd Allah, hati akan jadi tenang terima segala ujian..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.