Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Nasihat Isteri Dr Zakir Naik Cara Tangani Suami Yang Lalai Agama

Suami adalah ketua dan imam dalam rumahtangga. Pernah dengar ustaz kata, bagaimana suami begitulah isterinya. Maknanya, bila suami didik isteri dengan baik dan berakhlak, insyaa Allah kita boleh lihat bagaimanakah sang suaminya itu.

Namun begitu, tidak semua suami mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan berjaya hingga kadangkala ia melemahkan sesebuah institusi rumahtangga tersebut. Bila tiang rumahtangga kurang ampuh, banyaklah berlaku masalah sosial dari kalangan isteri, anak-anak dan suami itu sendiri.

Jadi, bagaimanakah seharusnya seorang isteri menangani masalah tersebut, contohnya jika suami lalai dengan agama?

Nasihat Isteri Dr Zakir Naik Cara Tangani Suami Yang Lalai Agama


Nasihat Isteri Dr Zakir Naik Cara Tangani Suami Yang Lalai Agama


Suami adalah pemimpin keluarga tapi bagaimana pula jika pemimpin yang diharap ini lalai pada agama. Bagaimana cara untuk menyayangi suami sebegini?

Demikian soalan yang ditujukan kepada Farhat Naik isteri kepada pendakwah terkenal Dr.Zakir Naik, menerusi sesi soal jawab dalam program Power Talk Mingguan Wanita yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Menjawab persoalan itu kata Farhat sekiranya suami tidak mempraktiskan Islam isteri seharusnya terus menyayangi suami dan mencari cara untuk membimbingnya.

" Dalam hal ini kasih sayang adalah cara paling berkesan. Biasanya apa yang isteri buat jika mahukan sesuatu daripada suami? Isteri selalunya akan gembirakan hati suami. Dia akan beri layanan yang baik.

"Demikian juga dalam hal ini. Limpahkan kasih sayang dan layanan yang baik untuk suami. Pada masa yang sama isteri sendiri tunjukkan contoh.

"Isteri perlu praktikkan ajaran Islam di rumah walaupun suami tidak melakukannya. Biar dia lihat dan menghayatinya.

"Kemudian cairkan hati suami dengan kasih sayang dan juga layanan seorang isteri. Iringi usaha ini dengan berdoa kepada Allah SWT agar suami berubah. Insya-Allah," ujarnya sambil mengingatkan bahawa suami tetap menjadi pemimpin keluarga bukannya isteri dan mereka tidak menyukai isteri yang dominan.

Semoga perkongsian dan pandangan Farhat Naik iaitu isteri Dr. Zakir Naik di atas dapat memberikan jalan keluar kepada sesuatu masalah yang mungkin ada kaitannya dengan agama dan masalah sosial yang lain.

Ambil yang baik dan belajar lagi untuk mengaut sebanyak banyaknya kebaikan untuk bekalan di akhirat nanti.

#sebarkan bahagia
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments