Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pengguna MaxisONE Plan Dapat Upgrade Ke 3GB Percuma

Pengguna MaxisONE Plan Dapat Upgrade Ke 3GB Percuma. Ya. Itulah kenyataannya. Sejak 12 April 2016 lagi saya telah terima mesej daripada MAXIS memaklumkan bahawa mereka akan menaiktaraf pakej MaxisONE kepada para pelanggannya. Pada masa itu tak tahulah bila tarikhnya dia mahu kuatkuasakan. Sementara itu, pada 14 April 2016 Maxis telah memasukkan one-time free 3GB data ke dalam akaun para pengguna pakej MaxisONEnya.

Pengguna MaxisONE Plan Dapat Upgrade Ke 3GB Percuma


Adakah anda juga menerima mesej daripada pihak Maxis seperti yang saya print screen di bawah ini?

Pengguna MaxisONE Plan Dapat Upgrade Ke 3GB Percuma
Kini ternyata Maxis telah mengotakan janjinya. Pakej MaxisONE plan saya telah dipertingkatkan daripada 1GB kepada 3GB serta merta. Ianya percuma, automatik (tak perlu isi borang pun...) dan kekal sampai bila-bila asalkan kita masih setia dengan MaxisONE plan tersebut. Hihi...

Anda boleh semak data anda yang baru dan lebih besar itu melalui Applikasi MyMaxis ataupun layari http://maxis.com.my/m.

Jadi, bila dah dapat pelan data yang baru di atas, tak jadi saya nak tukar ke Celcom. Nampaknya strategi Maxis memang menjadi dalam menjaga sebahagian besar pengguna berdaftarnya.

Semoga cara Maxis di atas dapat dicontohi oleh syarikat telekomunikasi yang berada di luar sana. Yang untung pun ada juga, ya tak??

#sebarkan info...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close