Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Program Affiliate Yang Boleh Dapat Income Mudah

Senarai Program Affiliate Yang Boleh Dapat Income Mudah. Bagi anda yang sedang tercari-cari program affiliate yang reasonable (munasabah) dan nampak hasilnya setiap bulan, bolehlah baca keterangan dan informasi yang bakal saya kongsikan di bawah nanti. Program affiliate yang sesuai bagi penulis blog adalah sesuatu yang mudah dipromosikan, sesuai dengan semua peringkat pembaca dan dapat memenuhi kehendak mereka yang ingin mendapatkan sesuatu secara online. Orang kata, dah tak nak queue panjang nak beli barang kat pasaraya dan sebagainya...;)






Senarai Program Affiliate Yang Boleh Dapat Income Mudah 


Meh saya beri sedikit info melalui pengalaman saya menjadi agen affiliate kepada beberapa nama popular seperti Sweet Muslimah, Klikjer.Com, Bookcafe.Com, Tudung Si Comel dan banyak lagi. Tak yakin? Kena cuba dulu, walau pun permulaannya cuma jana income RM1.00, lama-lama boleh jadi RM1 juta...fikir positif, ok?

Agen Affiliate Di Sweet Muslimah

Mengikut pengalaman saya yang telah berkecimpung sebagai affiliate marketer melalui blog, Sweet Muslimah antara brand yang mudah dipasarkan dan mendapat jualan setiap bulan. Saya mula berdaftar menjadi ejen affiliate dengan SM pada bulan Februari 2015 dan sehingga kini tak pernah gagal mendapat jualan melaluinya. 

Bagaimana saya buat?

Promosikan dan ceritakan pengalaman sebenar saya membeli belah online dengan Sweet Muslimah. Kemudian saya kongsikan cara-cara mendaftar dan membeli secara online sebelum berpuashati dengan telesales yang mesra pelanggan. 

Bayaran komisen sebagai agen affiliate di SM sebanyak 10% per jualan juga agak tinggi jumlahnya. Dan, setiap awal bulan komisen akan dikreditkan. Tiada had jumlah layak kredit, walaupun jumlah komisen bulan itu cuma RM5.00. Hihi...   


Dalam printscreen di atas, jumlah income sebagai agen affiliate sweet muslimah setakat bulan Februari 2016. 

Affiliate Marketer Dengan Klikjer.Com

Klikjer.com adalah merupakan platform terbaik dan dipercayai oleh rakyat Malaysia bagi menjana wang online sama ada sebagai agen affiliate ataupun pengiklan. Mula dilancarkan pada tahun 2008, ia antara medium produk digital yang hangat dipasarkan dan memberi peluang kepada mereka yang berminat memasarkan produk tersebut secara online dan dibayar setiap bulan dengan nilai komisen yang agak tinggi sehingga 70%, tertakluk kepada produk dan syarat-syarat tertentu. 

Sebagai contoh, produk digital di bawah berharga RM27.00, tetapi komisen sebagai agen affiliate sebanyak RM18.90 bersamaan 70% daripada harga jualan. Berbaloi-baloi....



Di klikjer.com ada banyak produk fizikal dan digital yang boleh dijual dengan hanya mempromosikan di blog anda. Ianya mudah, hanya perlu letakkan kod HTML dan banner produk siap terpasang di mana-mana website yang anda mahu.  

Daftar Sebagai Agen Affiliate Di Bookcafe

Yang sedang hangat sekarang nih adalah Bookcafe.Com. Ia kedai buku online milik PTS Publisher S/B. Ada lebih 2,000 tajuk buku berbagai genre yang boleh dipasarkan. Nak jadi agen affiliate pun mudah saja, hanya pergi ke website mereka dan jana income setiap bulan. Mudah, kan? Kadar komisen antara 5% hingga 6%, tertakluk kepada terma dan syarat. 


Di Bookcafe .com anda kena tunggu minima akaun komisen anda mencecah atau lebih RM100, barulah pihak bookcafe memasukkan ke dalam akaun anda. 

Agen Affiliate Dengan Tudung SiComel

Hermm...

Dah muak dengan informasi di atas? Atau anda nak tahu lagi tentang lubuk affiliate yang lebih masyuk??? Nah, cuba pula dengan Tudung SiComel. Anda dibayar 15% untuk setiap jualan yang berjaya dan sebagai permulaan anda dberikan 'wang saku' sebanyak RM30.00 kerana menjadi agen affiliate mereka. 


Seperti juga Bookcafe, pihak Tudung si Comel akan mengkreditkan income anda setelah jumlah minima komisen mencecah RM100 dan lebih...

Selain daripada mendaftar sebagai agen affiliate dengan peniaga tempatan, anda boleh juga cuba dengan mobicow, lazada, zalora dan sebagainya. 

Saya juga ada memasang iklan daripada Nuffnang dan Google Adsense untuk jana income yang lebih banyak. Orang kata, dah alang-alang buat blog, mestilah nak dapat income juga yek...

Baiklah.

Saya berharap perkongsian tentang Senarai Program Affiliate Yang Boleh Dapat Income Mudah di atas memberikan anda sedikit info dan gambaran bagaimana cara nak buat duit tanpa modal besar. Cuba, usaha, doa, istiqamah, tawakkal....pasti boleh!

Nak daftar sebagai agen affiliate?? Boleh je...


#affiliate marketer
#janaincomemudah
  

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Haiii Aynora, saje nak bagitau..ebook Jana Wang Dirumah tu tak jual lagi dekat klikjer..boleh tukar banner la kot...terbaca dekat fanpage klikjer semalam..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close