Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doa Segala Penawar

Doa boleh mengubah takdir. Yang sakit boleh sembuh, yang sedih boleh berubah gembira, yang susah boleh menjadi senang dan sebagainya. Berdoalah dengan seikhlasnya, hanya kerana Allah. Berdoa bukan kerana si polan dan si polan, bukan kerana makhluk tetapi sebaliknya berdoa kerana Allah semata-mata. Sebelum memulakan sesuatu, berdoalah. Semuanya pasti berlaku dengan keizinan Allah jua...

Dan jangan dilupa, doa adalah senjata orang Mukmin!

Doa Segala Penawar


Doa segala penawar adalah doa penyembuhan sakit. Kita bermohon kepada Allah agar memberikan kita kesembuhan dari penyakit dan mudarat daripada sesuatu.

Doa Segala Penawar

Doa segala penawar dalam rumi:


bismillahi syafi, bismillahi kahfi, bismillahi muafi, bismillah hi rabbissamawatiwal ardh bismillahi ladzi la yardhuru maasmihi syai un fil ardh, walaa fis sama 'i, wahuwa sami ul alim....

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha menyembuhkan, dengan nama Allah yang Maha sempurna, dengan nama Allah yang Maha menyihatkan, dengan nama Allah yang Maha menyempurnakan, dengan nama Allah yang memiliki langit dan bumi, dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.  

Semoga perkongsian Doa segala penawar di atas dapat memberikan kita satu lagi doa pilihan yang boleh digunakan untuk mengharapkan pertolongan Allah.

Semoga dipermudahkan hendaknya... 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments