Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Belas Kasihan Akhlak Yang Utama

Belas Kasihan Akhlak Yang Utama. Wahai anak-anak mukmin semua, ketahuilah bahawa belas kasihan adalah akhlak yang utama dalam melaksanakan amalan hidup yang beriman.

Ketahuilah...betapa mulianya orang yang memiliki sifat belas kasihan dalam melayari kehidupan sebagai umat islam di atas muka bumi ini. Belas kasihan kepada orang susah, kepada orang-orang tua, dan sebagainya boleh melahirkan keharmonian dalam masyarakat islam.

Belas Kasihan Akhlak Yang Utama


Sabda - sabda Rasulullah saw tentang akhlak belas kasihan:


1. Orang-orang yang pengasih itu dikasihi Allah yang bersifat ar-Rahman. Oleh itu kasihilah mereka yang di bumi kelak kamu akan dikasihi pula oleh yang di langit.

2. Jikalau Allah mencintai sesuatu keluarga rumah, maka Allah memasukkan belas kasihan dalam hati anggota-anggota keluarganya itu.

3. Barangsiapa mereka sukacita supaya dilepaskan Allah dari kesempitan Hari Kiamat, makan lapangkanlah kesempitan orang lain atau lepaskan sama sekali.

4. Barangsiapa yang memberi tangguh akan orang yang kesempitan maka akan diletakkan Allah perlindungan di Hari yang tidak ada perlindungan melainkan dari Allah.

5. Didiwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Seorang yang dapat melapangkan orang mukmin dari desakan hidup di dunia ini Allah akan melapangkan pula orang itu dari malapetaka Hari Kiamat. Siapa yang menutup malu celaan orang Islam , Allah akan menutupi pula aib malu kekurangan orang itu di dunia dan Akhirat. ALLAH selamanya menolong hambanya yang sentiasa menolong saudaranya.

Ayuh!!

Kita tanamkan akhlak yang baik seperti belas kasihan yang saya sebutkan di atas tadi dan ajarkan anak-anak kita supaya tidak riak dan sombong. Penyakit riak dan sombong tidak menguntungkan sebaliknya mengundang rasa pentingkan diri sendiri.

Amalkanlah akhlak terpuji yang digariskan oleh rasulullah agar hidup disayangi oleh makhluk di bumi atau di langit.

Insyaa Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments