Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Fast Delivery Asus ZenFone Max Daripada Lazada

Beli Asus ZenFone Max Daripada Lazada. Actually saya tidak memerlukan telefon lagi kerana dalam tangan sudah ada 3 handphone pelbagai brand dan bentuk. Ada yang saiz kecil dan besar. Iyalah...kononnya peniaga online, perlukan banyak telefon. Hihi...

Tetapi kerana tertarik dengan telefon Asus ZenFone Max - ZC550KL 16GB berwarna putih, saya pun tanpa fikir panjang beli satu unit untuk kegunaan sendiri.

Fast Delivery Asus ZenFone Max Daripada Lazada


Sambung cerita...

Saya mula order melalui online pada tengahari 1 jun 2016. So, tak sampai 5 minit dah siap semuanya. Ada notis pada email jawapan daripada pihak Lazada mengatakan barang akan sampai sekitar 8 Jun - 10 Jun 2016. Redha la...sebab barang daripada overseas mengambil sedikit masa untuk diposkan.

Fast Delivery Asus ZenFone Max Daripada Lazada
Tup! Tup! semalam 2 Jun 2016, telefon Asus  ZenFone Max - ZC550KL 16GB putih saya dah sampai. Cepatnya!! Suka sangat....

Selain fast delivery daripada pihak vendor tu, harga telefon pun murah laa...memang saya cari harga bawah RM700 kerana ia hanya untuk kegunaan berniaga saja, bukan untuk simpan banyak data dan dokumen pun...

Harga asal adalah RM1,099 tetapi ada diskaun 30%, kalau tak silap...jumlah jualan sudah termasuk GST...

Fast Delivery Asus ZenFone Max Daripada Lazada


Yang saya nak cerita adalah tentang Fast Delivery Asus ZenFone Max Daripada Lazada tu...selalu dengar Lazada lambat hantar barang laa..., barang dihantar rosak dan sebagainya. Tetapi rezeki saya dapat barang cepat dan solid, tiada kerosakan.

Ok bye! Mari mula berniaga...

#sebarkan kebaikan, sebarkan bahagia...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close