Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biodata Profil Penuh Amyra Rosli

Biodata profil yang nak dikongsikan adalah tentang Amyra Rosli. Nur Amira Izzati binti Rosli (dilahirkan pada 24 Ogos 1991) atau lebih dikenali dengan nama Amyra Rosli merupakan seorang pelakon yang berasal dari Malaysia. Menjadi duta kepada AuraWhite Skin Spa. Terkenal dalam drama Cik Bunga Dan Encik Sombong di astro Ria. Pernah memegang watak dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Pernah menjadi pengacara di dalam Anugerah Drama Festival ( DFKL ).


Saya jarang menulis tentang biodata atau profil artis kerana ia bukan kepakaran saya. Saya gemar menulis benda yang saya tahu, alami sendiri atau berkaitan dengan apa yang pernah saya pelajari dari sekolah atau universiti.     

Namun kali ini izinkan saya berkongsi biodata profil seorang artis wanita yang saya rasakan penuh displin dalam bidangnya. Seorang pelakon muda yang berbakat besar tetapi dalam masa yang sama kelihatan humble. 

Baru-baru ini namanya menjadi bualan kerana Amyra Rosli sicantik manis ini telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon lelaki berbakat besar iaitu Amar Bahrain. Semoga perhubungan mereka berkekalan. 



Biodata Profil Amyra Rosli


Nama Sebenar: Nur Amira Izzati binti Rosli
Tarikh Lahir: 24 Ogos 1991 (25 tahun - 2016)
Tempat Kelahiran: Taman Melawati, Selangor
Warganegara: Malaysia
Nama lain: Amyra Rosli
Pekerjaan: Pelakon, Duta, Model,Penyanyi & Pengacara
Tahun aktif: 2012 - kini
Tinggi: 158cm
Agama: Islam
Pasangan: Amar Baharin(tunang)
Ibu: Noor Zaridah Ahmad
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik
Pendidikan: Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Duta

Aura White SkinSpa
Duta Tudung Fareeda

Antara Drama Lakonan Amyra Rosli

Seindah Takdir Cinta (2016)
Bidadari
Astana Cinta Aleesa
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Jodoh Musim 1
Kristal Maya
Suamiku Encik Sotong (2014)
Kalimah Jiwa
Dhia Sofea (2015)
Oh My English! Musim Ketiga
Tersuka Tanpa Sengaja (2015)
Sayap Jibril (2016)


Telefilem Lakonan Amyra Rosli

30 Hari Cinta
Ibu Mummy Mama
Warkah Cinta
Mr. Istikharah
Sayang Saranghae
Annyeong Aidilfitri
Baju Raya Yaya
Sawan (2015)
Pengantin 3 Jam
Janji Sandora

Rancangan TV
Maharaja Lawak Mega 2014 sebagai Artis Jemputan untuk Kumpulan Virus

Teater
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Pengacara TV
Bintang RTM 2016 (TV2)
Drama Festival KL 2016 (TV3)

Klip video
Hanya Lagu (Alif Aziz)
Ada Saja (feat. Waris & Juzzthin)
Selamat Pagi (Sezairi Sezali)

Media Sosial

Instagram: http://instagram.com/aamyrarosli
Twitter : @aamyrarosli/amyrarosli
Facebook : Amyra Rosli
Email : amyra_rosli@yahoo.com

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close