Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

7 Kunci Kebahagiaan Hidup

Apakah kunci kebahagiaan sebenarnya? Di manakah hendak dicari kunci tersebut? Adakah ia nerada pada banyaknya harta kemewahan, apakah ia tersembunyi di dasar lautan atau apakah ia terletak di dalam diri sendiri?

Mari mencari kunci kebahagiaan itu bersama-sama agar kita boleh bersama mencipta damai buat bumi tercinta ini.

Sediakan jiwa dan raga anda untuk mencapai 7 kunci kebahagiaan hidup seperti yang akan saya kongsikan di bawah. Orang lain mungkin ada pandangan mereka sendiri tetapi perkongsian berikut adalah sebagai sebahagian panduan untuk menjalani kehidupan yang bahagia.

#kayabahagiaduniaakhirat#


7 Kunci Kebahagiaan Hidup



Menurut saidina Ali bin Abi Talib, kunci kebahagiaan hidup ada 7 perkara iaitu:

1. Jangan membenci sesiapapun walau ada yang menyalahi hakmu

2. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin

3. Jangan pernah bersedih keterlaluan walaupun masalahmu sedang memuncak

4. Perbanyakkanlah memberi walaupun kamu sedang susah

5. Hiduplah dalam kesederhanaan walaupun kamu serba ada

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis

7.  Berbuatlah kebaikan meskipun banyak musibah

Itulah 7 senarai kunci kebahagiaan yang boleh kita praktikkan untuk mencapainya. Ia nampak ringkas tetapi memerlukan tanggungjawab yang besar untuk melaksanakannya. Ia bukan sekadar untuk sedap disebut tetapi di dalamnya memerlukan pengorbanan jiwa yang bukan sedikit.

Hanya segelintir orang mampu mencapai kunci kebahagiaan tersebut memandangkan ia sesuatu tindakan yang menuntut sebuah keikhlasan.

Namun begitu, berusahalah untuk memenuhi kunci kebahagiaan itu walaupun sekadar untuk bisa tersenyum di waktu kau sedih.

Semoga membawa manfaat.

Sebarkan bahagia.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close