Cerita tentang duit memang buat orang bulat mata. Cerita tentang earning yang diperoleh dari banner yang dipasang di blog, memang syok! Siapa tak suka duit, ya tak? Namun jangan sampai jadi hamba duit. Maksudnya, jangan berblog kerana nak dapat duit semata-mata. Buat blog sebab nak kongsi manfaat dan ilmu yang kita tahu. Itu je, bila ada dapat earning itu satu bonus tambahan yang kita dapat selain daripada bonus utama iaitu PAHALA dari Allah.
Income Adsense Yang Semakin Bagus Tahun 2017
Gambar printscreen di bawah admin ambil pada hari ini, 5/1/2017. Permulaan tahun baru yang baik. Income Adsense yang semakin bagus. Diharap dapat beri lebih semangat kepada rakan-rakan di luar sana.

Sehingga kini income Adsense amat memberangsangkan terutamanya bila saya buat beberapa perkara dalam blog. Antaranya:
a) perletakan iklan Adsense saiz 300 X 250 pada tengah page
b) buang iklan advertiser lain yang berat
c) branding warna blog, kombinasi warna ikut blog/ website popular di dunia
d) layout blog yang lebih "eye catchy"
e) jaga kualiti kandungan artikel - itu wajib!
Cukup itu dulu yang saya share untuk anda di luar sana yang nak berjaya jana income lebih tinggi daripada Adsense. Anda juga boleh praktikkan rebranding niche blog untuk dapat trafik lebih tinggi.
Lebih banyak trafik, insyaa Allah anda boleh dapat income Adsense lebih banyak daripada saya ini, sekadar blogger pinggiran.
Selamat berjaya.

fuh..bila nak dpt income mcm ni dlm sehari..terbaik la..
ReplyDelete