Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Tayangan Liga Super, Piala FA Dan Piala Malaysia 2017 Live Di TV3 & TV9

Jadual Tayangan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2017 Live Di TV3 & TV9. Kalendar bolasepak Malaysia 2017 dibuka dengan tirai perlawanan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada 20 Januari 2017. Bagi peminat bolasepak, sama-samalah kita menyokong dan menyemarakkan sukan bolasepak yang sekaligus dapat menyatukan semua bangsa.

Mengikut jadual tayangan yang disertakan di bawah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia akan berselang seli dijalankan dari bulan Januari hingga Oktober 2017. Perlawanan dihentikan seketika dalam bulan Jun kerana menghormati Ramadhan. Dapatlah pemain dan penyokong pasukan mengerjakan puasa dengan lebih khusyuk dan tenang.

Piala Liga Super Malaysia

Jadual Tayangan Liga Super, Piala FA Dan Piala Malaysia 2017 Live Di TV3 & TV9 


Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai divisyen tertinggi suatu masa dahulu. Banyak perubahan telah dilakukan bermula dari tahun 2004, walaubagaimanapun, pada Liga Super Malaysia 2012 FAM telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.
Jadual Tayangan Liga Super, Piala FA Dan Piala Malaysia 2017 Live Di TV3 & TV9
Sumber: Facebook

Piala Malaysia
Sedikit info dari carian internet, semenjak diasaskan pada 2004, lapan (8) pasukan telah menjuarai Liga Super Malaysia dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut (2007-2008) diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim (2014,2015,2016) menjadi pasukan pertama yang menjuarai Liga ini tiga musim berturut-turut.

Bagi peminat bolasepak Malaysia, diharap jadual tayangan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia yang dikongsikan dapat dijadikan panduan berguna memenuhi minat anda terhadap pasukan yang bertanding.  

Majulah Sukan Bolasepak Malaysia!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close