Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Rendang Kerang Ala Kampung

Resepi Rendang Kerang Ala Kampung. Kerang banyak protein. Jika anda mengalami kurang darah merah, cuba ambil kerang dan jadikan ia sebagai menu harian anda. Namun, jangan berlebihan kerana sesuatu yang berlebihan boleh memudaratkan.

Resepi Rendang Kerang Ala Kampung


Ada banyak resepi berasaskan rendang yang boleh dipelbagaikan, ada yang suka masak rendang daging, ada yang lebih istimewa masak rendang kambing hitam manis, dan rendang ikan pun ada. Macam-macam resepi rendang yang boleh ditambah dalam koleksi resepi anda. Yang penting, rajin mencuba dan mencarinya..

Resepi Rendang Kerang Ala Kampung


Bahan-bahan:

500 gram isi kerang
10 biji bawang merah - dikisar
7 biji bawang putih - dikisar
5 batang serai - dikisar
50 gm cili kering - dikisar
5 cm halia - dikisar
30 gm kerisik
40 gm santan
2 helai daun kunyit - di hiris

Cara Mudah Menyediakan Rendang Kerang Ala Kampung


1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing

2. Masukkkan kerang dan kacau sampai rata

3. Akhir sekali masukkan santan, kerisik, daun kunyit hiris dan perasa secukupnya.

4. Sedia untuk dihidangkan.




Hah! Amacam? Mudah sangat kan? Jika biasanya orang masak rendang ayam atau daging, kali ini special sikit sebab bahan utamanya adalah kerang. Seafood masak rendang, memang awesome! Ada sesetengah orang tak letak santan pun, guna kerisik dah cukup. Tapi kalau ikut tekak orang kampung macam saya, mesti nak kena letak santan. Baru naik menyengat rasanya.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close