Apakah doanya itu?
Doa dan amalan elakkan rumah atau kedai dimasuki pencuri adalah dengan membaca Surah Yasin ayat ke 9.
![]() |
| Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri |
Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri
DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1 kali)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3 kali)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1 kali)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1kali)
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"
Maksudnya :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1 kali)
Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam
Harapan saya agar doa dan amalan dengan Surah Yasin ayat 9 di atas memberikan banyak manfaat dan kegunaan kepada pembaca blog ini dan diri saya dan keluarga juga. Semoga bertambah lagi ilmu kita tentang kebesaran ayat-ayat Allah, jika kita rajin mengkajinya.
Wallahua'lam..


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.