Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee. Kerja dari rumah ada satu bidang kerjaya yang tidak asing lagi dalam zaman teknologi yang hanya di hujung jari anda. Buat apa kerja pun, walau anda sudah ada kerjaya tetap, tetapi iLancee memberikan peluang untuk buat kerja dari rumah saja.

Dalam artikel di bawah nanti admin akan jelaskan lebih lanjut tentang kerja dari rumah dengan iLancee, apa itu iLancee, fungsinya dan kelebihan servis iLancee kepada penggunanya. Ketahui juga produk-produk yang ditawarkan oleh iLancee. Dan, keseluruhannya, apakah kaitan iLancee dengan contest bernilai RM2,800 untuk direbut.

Apakah tujuan iLancee ditubuhkan? iLancee mempunyai visi dan misi tersendiri. Tujuan iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu dan menolong sesiapa yang ingin kembangkan bakat dalam kemahiran yang ada tanpa memerlukan modal dan kos yang besar.

Siapa target pengguna iLancee? Pengguna iLancee target adalah blogger yang ingin tambah pendapatan, orang awam yang ingin mencari servis dengan selamat dan sebagainya.

Sejarah iLancee.Com Yang Pernah Ditutup 


Sebelum lebih jauh anda berniaga dan buat bisnes dengan iLancee, anda kena tahu sejarah jatuh bangun iLancee.Com sebelum mereka berjaya seperti sekarang ini. 

Secara rasminya, iLancee telah dibuka semula pada 4 Januari 2017. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini mereka telah bangunkan web iLancee iaitu web jual beli servis. Siapa yang ada kemahiran dalam hasilkan servis boleh jana pendapatan di web ini. Target market untuk website ini adalah 4 buah negara utama iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Namun ada beberapa masalah yang mereka hadapi dalam membangunkan web tersebut dalam tempoh 2 tahun (2014-2016) sehingga terpaksa menutup web tersebut sebanyak 2 kali sebelum dapat bangkit kembali.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee 


Jom cari kerja dengan iLancee.com. Kerja yang dimaksudkan adalah kerja dari rumah dengan iLancee. Semuanya dilakukan di rumah sahaja, dengan sedikit kemahiran diperlukan dan minat yang mendalam. Selain dari itu, fokus dan displin masa perlu ditanggung sendiri.. ;)

Teruskan membaca hingga akhir untuk mengetahui lebih lanjut tentang iLancee dan fungsi-fungsinya. 

Apa itu iLancee?


Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Kerja dari rumah dengan iLancee

iLancee.com ditubuhkan dari asal perkataan “I Freelancer” atau dalam bahasa melayunya adalah “Saya menawarkan perkhidmatan bebas”.

iLancee.com dikendalikan oleh Serius Media Network yang di daftar dengan nombor (NS0139946-P) ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.

Kenapa perlu pilih iLancee sebagai tempat cari kerja anda?




Keselamatan Tinggi

Konsep beli di iLancee adalah, Pay >>> Hold >>> Release. iLancee hanya release duit kepada seller yang sudah siapkan kerja. Jika tidak, bayaran akan dikembalikan ke dalam akaun buyer.



Transaksi Selamat

Setiap transaksi jualan tidak akan direct kepada seller. Ia direct kepada iLancee. Kaedah bayaran juga adalah selamat iaitu dengan menggunakan applikasi senangPay. Bayar guna kad atau FPX.



Komunikasi Selamat

iLancee mempunyai sistem mesej yang selamat di mana seller dan buyer boleh berbincang mengenai serivs yang ditempah melalui perbualan khas yang iLancee sediakan.

Produk yang ditawarkan oleh iLancee.com  


Antara servis yang ditawarkan oleh iLancee.com adalah:
  • Bina laman web
  • Naikkan jumlah 'Likes' di Facebook
  • Tulis artikel advertorial
  • Bina template SEO blogger
  • Design banner
  • Translation
  • Design header blog
  • Edit video
  • Design logo
  • Tulis artikel
  • Lukis doodle 
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Untuk lebih jelas, Di iLancee.com ada tiqa jenis servis yang korang boleh jual iaitu servis/ perkhidmatan/ kemahiran, barang fizikal dan juga produk digital.

a. Servis/ Perkhidmatan/Kemahiran 

Bagi anda yang ada blog, ini satu peluang yang harus anda rebut. Anda mungkin boleh menawarkan servis menulis review produk, advertorial dan juga servis meletakkan iklan di blog.

Antara lainnya seperti,servis buat blog, video dan animasi dan banyak lagi mengikut kemahiran yang anda ada.

b. Barang Fizikal

Tiada blog tapi ada idea kreatif dan ada hasil kraftangan. Bagi anda yang mempunyai bakat mencipta barangan diy yang unik, anda boleh juga iklankan di iLancee.com kerana ianya juga menyediakan jualan beli barang fizikal. Ini adalah salah satu cara anda boleh menjana pendapatan disamping melakukan minat dan hobi anda. Tidak nafikan juga ramai yang sukakan barangan d.i.y yang unik dan comel.

c. Produk Digital


Tiada blog, tidak kreatif tapi ada produk digital seperti ebook, gambar grafik dan design juga software-software dengan lesen hak jual semula, jika ada. Jangan tunggu lagi dan mula menjana pendapatan anda di iLancee. 

Fungsi iLancee.com kepada pengguna


Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller. 

Sebagai buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller. Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller. Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

Cara Untuk Menjual

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawakan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

Cara Nak Membeli

Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.
Langkah 3: Lihat progrees kerja seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.

Kelebihan iLancee.com kepada pengguna


Pengguna tidak perlu bersusah payah promote servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Tetapi sebolehnya korang promote juga servis-servis anda dimedia sosial dan juga blog.Lagi kerap korang promote lagi cepat korang jana pendapatan kan.

  • Buat kerja dari rumah 
  • Daftar percuma, tanpa modal
  • Dipercayai
  • Transaksi selamat
  • Keselamatan tinggi
  • Syarikat tempatan dan dibayar dalam Ringgit Malaysia
  • Tak perlu akaun PayPal
  • Client cari anda, bukan anda cari client. 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kepada keseluruhan penerangan di atas, admin sajikan anda dengan video ringkas bagaimana iLancee berfungsi kepada pelanggannya. Selamat menonton!!




Admin pun tertanya-tanya. Kenapa setiap servis yang telah disiapkan oleh seller dicas 20% untuk iLancee dan 80% untuk seller? Menurut pihak iLancee.com, ia adalah standard fee setiap servis. Dari sinilah hasil pendapatan pihak iLancee untuk menampung kos hosting setiap bulan, kos management kami, kos iklan dan sebagainya.

Nak tutup akaun iLancee? Caranya ssimple saja. Sila contact admin melalui chat atau borang hubungi berserta dengan username anda dan juga email. Admin akan padam akaun anda dalam tempoh 24 jam. Jika ada dana dalam akaun iLancee anda, kami akan transfer ke dalam bank anda dan cas 5% akan dikenakan sebagai cas transaksi (senangPay). 

Contest RM2800 Dengan Cari Kerja Dari Rumah Dengan iLancee.Com 


Kerja dari rumah dengan iLancee.com adalah contest yang menawarkan hadiah lumayan RM2800. Hadiah ini dibahagikan kepada beberapa pemenang kategori tertentu.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Antara kategori Contest iLancee adalah:

1. Kategori SEO – Untuk mengasah skill SEO anda
2. Kategori Artikel Terbaik – Untuk mengasah kretiviti anda
3. Kategori Komen Paling Banyak – Hadiah Bonus
  • Contest ini akan berlangsung dari 7/Januari/2017 sehingga 7/Mac/2017 iaitu selama dua bulan.
  • Tarikh terakhir hantar artikel adalah pada 1/Mac/2017 iaitu seminggu sebelum tamat contest.
  • Para pemenang akan diumumkan pada 11/Mac/2017 bersempena dengan tarikh lahir penganjur. 
Harapan admin sebagai penulis artikel di atas? Hmmm...kalau boleh nak menang sebarang kategori. Tetapi admin percaya, buat sehabis baik dan yakin, jika ada rezeki tak ke mana. 

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian BloggerHiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas

Semoga sama-sama kita dapat buat kerja dari rumah dengan iLancee.com dengan cara lebih mudah dan lebih santai. Jom daftar percuma di iLancee.com sekarang.

Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. yup..kerja keras pasti membuatkan hasil mcm blog aynora yang mempunyai trafik puluh2 ribu sehari..

    smoga bertuah dlm contest ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah.. aamiin.., harap sama2 berjaya dalam contest iLancee ni.

      Delete
  2. ilancee mmg best bos. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/kerja-dari-rumah-dengan-ilancee.html

    ReplyDelete
  3. good luck! saya pun join kontest ni

    ReplyDelete
  4. Daftarlah dengan iLancee, siapa tahu berjaya dengan gemilang :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close