Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Namamu Selalu Dalam Doa, Anakku

Selamat berjuang anak-anakku!! - Puisi ini dikhaskan untukmu, yang ibu namakan PEMIMPIN YANG ADIL & WARAK. Kerana nama itu adalah doa, nama itu telah Allah catatkan di Luh Mahfuz. Semoga kamu membawa nama itu penuh bangga dalam kebaikan sepanjang hayatmu. :) :)

Dah lama juga saya tak menulis puisi, habit yang saya lakukan jika ingin luahkan sesuatu. Hujung tahun nanti hero saya akan menduduki exam besar. Semoga anak2 saya, hero hati kami, akan bangga membawa namanya dalam kebaikan di sepanjang hayatnya.
Namamu Selalu Dalam Doa, Anakku


Namamu Selalu Dalam Doa, Anakku


Kamu masih manis dalam manja
Walau wajah dewasa menghias iras
Jerawat malu mula singgah
Menaikkan seri yang kamu tak rasa...

Jauh kita sekian lama
sejak usiamu menginjak tiga belas
kini datanglah ke angka enam belas
bersama sebuah perjuangan yang sedang bermula
bersama resah digalas jua
bersama restu doa kami selamanya...

Anakku
macam baru semalam kamu diriba
umpama baru sebentar tadi dahimu diusap
entah ingatkah kamu dahulu
selamat lena dalam pelukanku

Dengarlah
(Pemimpin yang adil dan warak)
namamu selalu dalam doa
tercatit selamanya di langit ke tujuh
moga Malaikat ikut menadah perkenan
jadilah muslim yang cemerlang
di dunia dan akhirat yang kekal.

Perjuangan ini anakku
bukan kerana nama untuk kami jelajah
bukan kerana habuan berjuta yang kamu kejar
bukan untuk memadam sinis manusia curiga
bukan untuk puaskan pencipta bangga
tetapi kerana satu, anakku
"sahaja aku menuntut ilmu yang baik kerana Allah Taala"

Bukankah kamu ada lagi darah daging
yang bernama sama makna,
cuma sebutan berbeza
yang selalu kamu sayangi
yang selalu kamu rindui
dan akan kekal dalam memori
dan perjuangan kalian takkan berhenti.

Kamu dan dia juga anakku, anak kami
pemimpin di hati, permata di jiwa.

Catatan semula,
Aynora Nur
Malaysia, Johor
16/10/2016

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close