Dalam dapur pun ada stok keledek oren. Bolehlah pepagi minggu ni saya goreng keledek oren..

Kalau makan keledek goreng, mesti kena ada sambal kicap. Barulah ngam, ya dak?🙄🙄
Resepi Goreng Keledek Rangup
Sumber : ceritadanishdanumiBahan-bahan:
Ubi Keledek secukupnya
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh gula
1 biji telur
1 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Cara-cara menyediakan Goreng Keledek Rangup
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang dikehendaki. Rehatkan seketika.
3. Buang kulit keledek dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Panaskan minyak secara deep fryer. Bila dah cukup panas, celupkan keledek dalam adunan tepung dan goreng hingga masak. Siap!
Dah siap goreng keledek rangup yang mudah membuatnya. Kalau tak nak letak telur pun tak apa, dan serbuk kunyit boleh digantikan dengan pewarna kuning.
Dan, jangan lupa sambal kicap sebagai pencicah keledek goreng anda. Wow!! Barulah ada umphh!!
Nak resepi sambal kicap sedap dan kurang pedas? Meh ambil resepi di bawah ini.
Resepi SAMBAL KICAP sedap dan KURANG PEDAS.
Selamat mencuba.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.