Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Hari Jumaat Untuk Sekalian Umat

Doa Hari Jumaat Untuk Semua. Sudahkah anda lakukan amalan yang baik pada hari Jumaat ini? Sudahkah anda bersedekah? Dah telefon ibu bapa anda bertanyakan khabar? Sudah mendoakan orang-orang tersayang? Jika anda melakukan amalan baik-baik pada hari ini, maka teruskan ia pada hari lain-lain juga. Semoga hari anda diberkati selalu..

Mengapa kita kena berbuat baik dan meningkatkan amal kebaikan pada hari Jumaat? Ini adalah kerana hari jumaat adalah hari khas untuk umat islam di atas muka bumi ini. Antara amalan sunnat dilakukan pada hari jumaat adalah:

  • memotong kuku
  • membaca surah al Kahfi
  • membaca selawat ke atas Nabi
  • membaca yasin
  • mandi sunat jumaat
  • solat Jumaat
  • perbanyak bersedekah
  • banyakkan berdoa dengan  bersungguh-sungguh, terutamanya antara 2 khutbah jumaat  


Doa Hari Jumaat Untuk Sekalian Umat



Doa Hari Jumaat Untuk Semua


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Juma'at yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Alhamdulillah.

Jangan berhenti berdoa. Jika anda seorang ibu atau ayah, doakan kebaikan untuk anak-anak anda. Seterusnya, jika anda seorang anak, doakan pula ibu bapa anda. Doa yang berterusan dan ikhlas, adalah senjata orang mukmin. 

Insyaa Allah.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close