Tapi, apa salahnya berkongsi resepi, jika ada yang nak masak ketam.., resepi berikut iaitu Ketam Masak Tomato mungkin anda gemari kerana cara menyediakan yang amat ringkas.
Jom tengok cara mudah menyediakan ketam masak tomato dengan bahan-bahan yang senang didapati di dapur anda.
Resepi Ketam Masak Tomato
(Sumber: Majalah Saji)

Bahan-bahan:
3 ekor ketam
3 cm halia - ditumbuk
7 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil cili pes
3 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap sotong
Minyak masak
Garam
3 biji tomato - dibelah 4 untuk hiasan
Cara menyediakan Ketam Masak Tomato yang simple
1. Tumiskan halia dan bawang putih dengan pes cili, sehingga naik bau
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, gula dan kicap sotong. Biarkan ia seketika.
3. Kemudian, masukkan ketam dan biarkan selama 15 minit.
Siap untuk dihidangkan. Boleh juga untuk diratah hidangan ketam masak tomato di atas.
Selamat mencuba. Anda boleh juga tambahkan potongan bawang besar yang di belah empat untuk menambahkan rasa manis ketam masak tomato anda.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.