Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs? Ia bukan anda, bukan saya. Ia tentulah seseorang yang memiliki kelayakan tersendiri yang telah Allah takdirkan untuknya. Wanita istimewa ini telah hampir 10 tahun menemani waktu susah dan senang bersama-sama.

Saya kongsikan kisah inspirasi di bawah, untuk wanita-wanita di luar sana untuk berjaya seperti mereka. Mari kita kenali mereka yang meniti kejayaan setelah melalui susah payah pahit getir kehidupan terdahulu.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

Menurut Nur Shahida, beliau suka memasak. Biasanya dia akan masak lauk-pauk kampung kerana menjadi kegemaran keluarganya. Selain itu beliau juga pandai memasak churos, spageti dan juga kek. Memasak untuk keluarga adalah sebagai pengikat kasih sayang suami isteri dan juga keluarga.

Sedikit biodata Nur Shahida D'herbs, mendirikan mahligai bahagia dalam usia yang masih muda iaitu pada usia 22 tahun manakala Datuk Aliff dalam usia 20 tahun tentunya menuntut kesabaran yang tinggi. Ini tidak dinafikan oleh Datin Nur Shahida. Hasil perkahwinan mereka yang sudah menganjak ke angka 10 tahun mengurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 9, Qadejah Eh Zahra, 7 dan Ibraheem Adham, 5.

“Kami bercinta tidak lama sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai impian. Apabila sama-sama muda tentulah banyak cabaran yang perlu dilalui. Hari demi hari kami semakin belajar mengenali diri pasangan luar dan dalam secara lebih terperinci. Kunci utamanya ialah saling memahami serta melengkapi antara satu sama lain,” kongsi Datin Nur Shahida.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs


Wanita yang menjadi tunggak kejayaan di belakang Dato' Aliff Syukri memiliki personaliti yang menarik dan penuh karisma menjadikan Datin Nur Shahida Mohd Rashid tampil yakin dan mempesonakan. Kuntuman senyuman yang sering terukir pada seraut wajahnya yang tenang membuatkan Datin Nur Shahida sentiasa disenangi ramai meskipun pertama kali bertentang mata. Itulah empunya nama yang sinonim dengan Dato' Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida.


Suri hati pengasas produk D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ini punya aura yang tersendiri. Meskipun pada mulanya beliau nampak agak pendiam namun selepas mula membuka lembaran bicara, mulutnya petah melontarkan kata-kata. Mungkin pada awalnya Datin Nur Shahida lebih selesa bergerak di belakang tabir namun kini atas galakan daripada suami tercinta, Datin Nur Shahida semakin berani untuk muncul di khalayak ramai.

“Awal pembabitan perniagaan dahulu, orang ramai jarang melihat saya muncul bersama Datuk sama ada di kaca televisyen mahupun di mana-mana majlis. Saya lebih gemar ‘berdiri’ di belakang tabir sahaja. Namun, Datuk sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk saya sentiasa ke depan bersama-sama dengannya.

“Beliau pernah berkata kepada saya, sekarang tidak mengapalah saya mahu berada di belakang tabir dan kurang menonjol kerana adanya beliau. Bayangkan jika suatu hari nanti dirinya tiada, pasti ia memberikan banyak kesukaran dan kesulitan.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

“Menganggap nasihat dan kata-kata suami itu secara positif, saya mula memberanikan diri untuk tampil ke hadapan. Alhamdulillah kehadiran saya mula disedari. Buktinya pengikut saya di Instagram semakin bertambah dan jika ke mana-mana, saya perlu berdepan dengan pelanggan-pelanggan secara langsung,” ungkap Datin Nur Shahida memulakan bicaranya.

Bacaan lanjut sila layari http://www.sinarharian.com.my/wow/datin-nur-shahida-tonggak-kejayaan-datuk-aliff-d-herbs-1.641604

Semoga semua perkongsian di atas dapat memberikan kita sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan harian dan berjaya dalam bidang perniagaan. Inilah kisah wanita di sebalik  kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya minat dengan dato Aliff ni.. Sumber inspirasi. Beruntung beliau ada wanita yang membantu dan memahami perjalanan karier beliau.

    Agak sedih la sebab baru2 ni dato Aliff banyak sangat kontolvesi.. Semoga dato tabah

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close