Orangnya kecil sahaja tetapi membawa lawak berjiwa besar! Itu yang boleh saya katakan. Lawak yang dibawa penuh jenaka dan sindiran dan amat dekat dengan kehidupan harian kita. Contoh-contoh yang dibawakan dalam setiap lawaknya sangat natural dan boleh ngam dengan rakyat negara ini.
Biodata dan Latar Belakang Dzawin MLM 2017

Nama lain: Dzawinur
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1991 (umur 26 - 2017)
Asal: Bogor, Indonesia
Pekerjaan: Pelawak tunggal
Komedian
Tahun aktif: 2014 - sekarang
Agama: Islam
Kalau anda mengikuti MLM 2017, anda pasti dah biasa dengan dialog pembukaan Dzawin seperti, "Assalamualaikum! Ini gimana kabarnya semua Alhamdulillah sehat ya?! Sehat ya?!" Dan sering ia diucapkan dengan cepat. Itulah dia trademark atau gaya spontan dan santai oleh Dzawin.
Latar belakang dirinya yang merupakan anak sekolah pondok menjadikan dia selesa membawakan kisah kisah yang dilalui di situ.
Dalam MLM 2017 Dzawin satu-satunya peserta solo yang masih bertahan setakat artikel ini ditulis.
Semoga Dzawin terus suksess.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.