Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham

Gentlemen Agreement Dalam Pasukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham. Apakah yang dimaksudkan dengan gentlemen agreement yang kebelakangan ini menjadi perbualan hangat di media sosial. Adakah perjanjian itu betul? Ada yang kata salah? Ada yang buat andaian membuta tuli. Jadi, persoalannya.. adakah gentlemen agreement sah di sisi undang-undang bolasepak?

Jom baca penjelasan daripada Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards.

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham 


Apa itu gentlemen agreement?


'GENTLEMENT AGREEMENT' INI TELAH LAMA DIGUNAKAN OLEH KELAB-KELAB LUAR DI EROPAH DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU. FAHAMI DAN BACA BETUL-BETUL.

Berkenaan 'Gentlemen Agreement' yang melibatkan pemain seperti Amri Yahyah, Jasazrin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Safee Sali pula. Oleh kerana Amri Yahyah telah tamat kontrak dengan JDT dan Melaka United pula tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepada beliau, jadi JDT bersetuju untuk Melaka United bayar separuh dan JDT bayar separuh sebagai 'gentlemen agreement' tetapi dengan syarat Amri Yahyah tidak boleh bermain ketika menentang JDT. 

Untuk Jasazrin dan Nazrin Nawi, jumlah perpindahan mereka berdua adalah sebanyak RM1.2 juta untuk dilepaskan ke pasukan Perak. Apabila Perak tidak mampu untuk tebus dengan jumlah tersebut dan meminta dikurangkan untuk RM400 ribu, JDT bersetuju dan dengan syarat pemain-pemain ini tidak boleh diturunkan ketika menentang JDT. 

Hal yang sama juga berlaku kepada Safee Sali apabila PKNS tidak mampu membayar yuran perpindahan yang penuh kepada JDT, jadi Safee Sali juga tidak dapat diturunkan ketika menentang JDT disebabkan 'gentlement agreement' ini selepas JDT bersetuju untuk PKNS membayar separuh sahaja.

Tetapi, jika mana-mana pasukan ini dapat membayar penuh, pemain-pemain ini dibenarkan untuk bermain ketika menentang JDT. 

Keputusan dan perjanjian ini dibuat atas faktor 'win-win situation' kedua-dua belah pihak. 

Jadi kepada individu-individu kurang arif ini janganlah mahu bangkitkan hal kecil seperti ini. Perjanjian ini telah lama dipraktikan oleh kelab-kelab luar di Eropah dan ia menjadi pelik apabila JDT telah menggunakan 'gentlement agreement' ini.

Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close