Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu. Kek oren mudah yang akan saya kongsikan di bawah ini hanya memerlukan beberapa langkah dan semua newbie dalam membuat kek akan boleh membuatnya dengan berjaya sekali! Kek oren lembut gebu pasti jadi idaman semua supaya tidak membazir jika buat kek tapi tak ada orang nak makan.. yak dok?

Ingat lagi kali pertama buat kek, terutamanya kek kukus.. ada aje yang tak kena. Kadang, ada bancuhan terlebih cair menjadikan kek tak naik, macam lembik je.., ada sesekali kek yang dibuat rasa pahit.. mungkin terlebih baking powder dan sebagainya..

Gambar sumber Google

Tapi kini tidak lagi. Setelah saya tahu ukuran sudu teh, sudu makan, bentuk cawan dan lain-lain alatan memasak kek, saya sudah boleh masak kek kukus dengan jayanya.. hihi..

Menurut chef Wan, 

1) jika nak kek gebu, pukul telur satu persatu agar setiap telur masuk udara dan menggebukan kek anda.

2) Lagi satu, jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu


Kek oren kukus yang gebu dan moist, walau sekadar campak-campak dengan bahan yang minima, kek jadi sedap dan kena dengan tekak.


Bahan-bahan:

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1/2 cawan pati oren sunquick
2 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
sedikit pewarna oren


Gambar sumber Google

Cara menyediakan Kek Oren Kukus Lembut Dan Gebu


1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan pula susu pekat dan minyak masak. Putar lagi hingga kembang.

3. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diadun dengan warna oren.

5. Tuangkan adunan warna oren, warna asal berselang seli hingga habis ke dalam acuan.

6. Tutup acuan dengan kertas aluminium.


7. Panaskan pengukus, masukkan loyang kek tadi dan kukus dalam api sederhana selama kira-kira 1 jam atau sehingga kek masak. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik diatas adunan. 

Kek oren sedap dan gebu siap untuk dihidangkan. Tunggu hingga sejuk agar kek oren kukus anda cantik di potong. 

Selamat mencuba!

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments