Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan!!
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa. Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 64 Tahun

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 64 Tahun. Ia bukan sekadar ucapan yang lalu macam angin, ia bukan ucapan yang tiada rasa di jiwa. Laungkan semangatmu kerana cintakan negara ini! 

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dari dulu sampai kini, tetap membara, tetap bergetar semangat waja. Semoga anak-anak kita dan anak muda sekalian masih teguh jati dirinya demi mempertahankan tanahair tercinta.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun. 31 Ogos 1957. 

Esok nak buat apa bila dapat cuti? Sehari je kan.. maka lebih baik duduk rumah, basuh baju, masak masak untuk family dan mop lantai. Itu antara anganan saya untuk satu hari cuti umum yang kerajaan bagi. Janganlah semua orang nak keluar dan serbu shopping complex. Apa nak jadi?? Kan Covid-19 masih belum bersih lagi dari muka bumi ini. Maka, jagalah diri, jaga keluarga anda dan senitasa patuhi SOP ditetapkan. Orite✌✌

Macam mana nak tingkatkan rasa kecintaan dan semangat waja dalam diri terhadap Malaysia tercinta? Ada banyak cara antaranya menambah ilmu tentang pahlawan masa silam yang berjuang untuk kemerdekaan negara, baca tentang sejarah negara, nikmati lagu-lagu patriotik yang sering berkumandang pada saat Hari Kebangsaan disambut dan banyak lagi.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos Setiap Tahun 


Malaysia Prihatin sekali lagi dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2021 pada akhir bulan depan, dengan sambutan rasmi juga dalam norma baharu seperti tahun lepas.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun

Logo berbentuk hati dengan corak bendera Jalur Gemilang itu melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum tabah dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Semoga negara kita Malaysia terus maju dan makmur dengan pemimpin yang mampu membawa negara kita menjadi kebangfaan semua.

Selamat Hari Kebangsaan ke 64 Malaysia!!


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments