Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Bacalah Doa Allahumma Ajirna Minan Naar

Bacalah Doa Allahumma Ajirna Minan Naar. Boleh dijadikan zikir lepas solat, dibaca sebanyak 7 kali. Jadikan ia amalan kebiasaan seperti kita membaca doa memohon hasanah (kebaikan) tu. 

Meminta dan memohon kepada Allah tanpa jemu menjadikan kita mungkin makhluk kesayangan Allah. Bila kita sentiasa mengingatinya melalui zikir-zikir dan doa, tidak mustahil Allah akan makbulkan segala permintaan kita, walau dari sekecil-kecil dan sebesar-besar permohonan. Semoga Allah bantu kita dalam segala hal. Insya Allah.

Bacalah Allahumma Ajirna Minan Naar


Ada satu amalan mudah yang bila diamalkan dapat memadamkan nama-nama kita dari memasuki pintu neraka!

Lakukanlah setiap hari dengan istiqamah. Niatkan untuk ahli keluarga kita sekali.

Allahumma Ajirna Minan Naar,  Maksudnya: Ya Allah, lepaskanlah aku dari neraka!


Bacalah,


Allahumma Ajirna Minan Naar,

Maksudnya: Ya Allah, lepaskanlah aku dari neraka!

Istimewanya doa ini, Allahumma Ajirna Minan Naar.. 

Apabila dibaca 7 kali selepas solat, betul-betul lepas solat iaitu sebelum bercakap dengan sesiapa pun.

Lebih afdhal selepas solat Maghrib dan Subuh. 

Fadhilatnya:

Terlepas dari seksaan api neraka dan dipadamkan nama dari memasuki pintu neraka! Masya Allah.. 


Doa dan zikir boleh menambahkan pahala kita, memperbaiki kelemahan segala amalan fardhu kita sehari-hari. Contohnya jika solat kita kurang khusyuk, anggapan zikir dan doa itu sebagai penambah pahala amalan kita yang terkurang tadi. Allah Maha Penyayang, dia tahu kita tak sempurna, dijadikan zikir sebagai peluang kita mendapat pahala lagi.

Jadi, jangan jemu untuk berdoa dan berzikir, mana tahu inilah amalan yang akan membawa kita ke syurgaNya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments