Tahun 2017 ini, kami ingin menawarkan peluang yang sama kepada tuan dan puan untuk bersama berwakaf bersama Bookcafe. Target kami tahun ini ialah supaya Al-Quran dapat dibekalkan ke lokasi wakaf sebelum tibanya bulan Ramadan supaya Al-Quran wakaf dapat digunakan sepanjang bulan Ramadan.
Semoga kempen wakaf al Quran ini dapat memberi peluang kita berbuat kebaikan walau dalam keadaan kesederhanaan.
![]() |
| wakaf al Quran 2017 |
Cara Menyertai Program Wakaf Al-Quran Bookcafe:
Wakaf boleh dibuat di : https://bookcafe.com.my/en/promosi-bookcafe/wakaf/
1) Isikan maklumat dalam ruangan Organisasi Penerima Wakaf, Alamat Penerima Wakaf, No. Telefon dan Contact Person.
Isi "BOOKCAFE" pada semua tempat kosong sekiranya ingin amanahkan kepada kami untuk membahagikan Al-Quran Wakaf ke organisasi yang telah kami pilih.
2. Pilih kuantiti Al-Quran yang mahu diwakafkan.
3) Klik pada butang beli "Add to Cart"
4) Klik pada "Checkout" untuk membuat bayaran.
5) Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai pembayaran.
Cara Memohon Wakaf Al-Quran & Rehal 2017:
Mohon isikan permohonan wakaf di link yang disediakan http://bit.ly/BORANGMOHONWAKAF
Penghantaran akan dibuat apabila bookcafe menerima wakaf dan kuantiti yang diterima bookcafe mencukupi dengan kuantiti yang dipohon.
“Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah ayat 261)
Like, Share dan Tag posting supaya dapat dilihat oleh rakan-rakan anda juga. Semoga usaha kecil ini diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah s.w.t.
Baca lanjut di: https://bookcafe.com.my/en/promosi-bookcafe/wakaf/

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.