Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Dhuha Dan Maksudnya Yang Amat Memberi Keyakinan

Doa Dhuha Dan Maksudnya. Doa solat Dhuha yang sungguh memberi kesan kepada kita tanda syukur kepada Allah SWT. Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan oleh seseorang hamba tanda bersyukur kepada Allah dan mohon rezeki yang berkat dari awal hari hingga hujung malam. Dimulakan urusan seharian dengan amalan Dhuha, semoga Allah SWT melihat kesungguhan kita sebagai hamba yang kerdil di atas muka bumi ini. Semoga Allah SWT nampak permohonan kita dan mendapat bahagian rezeki yang Allah sedang bahagi-bahagikan...

Secara ringkasnya solat Dhuha dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan satu salam.

Doa Dhuha Dan Maksudnya Yang Amat Memberi Keyakinan

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Doa Dhuha Dan Maksudnya 


Doa Dhuha Dan Maksudnya Yang Amat Memberi Keyakinan

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.“ ”Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”

Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an ~ surah as Syams lebih afdhal & surah Dhuha pada rakaat kedua

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Saya berharap sedikit perkongsian tentang cara-cara mengerjakan solat Dhuha dan doa-doa serta maksudnya yang amat menginsafkan akan kebesaran Allah dan salah satu penyerahan kita kepadaNya dalam memohon keampunan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Insyaa Allah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close