Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat umur

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat umur. Biasanya, makin rendah tekanan darah, maka makin sihat pula tubuh anda. Namun jangan pula terlalu rendah kerana boleh membuatkan anda terkena hipotensi atau tekanan darah rendah.

Bila umur menjangkau 40 an ke atas, awasi tahap kesihatan anda terutamanya tekanan darah, gula dalam tubuh dan juga denyutan jantung. Inilah penyakit 3 serangkai yang sering menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi berwaspadalah.

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur


Umumnya, orang dewasa dengan keadaan tubuh sihat memiliki tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angka 120 menunjukkan tingkat tekanan ketika jantung memompa darah ke seluruh tubuh atau biasa disebut tekanan sistolik. Sementara angka 80 bererti tingkat tekanan saat jantung beristirahat seketika sebelum kembali memompa lagi atau kerap disebut tekanan diastolik. Tekanan darah tergolong normal selagi berada di bawah 140/90.

Namun angka tersebut tidak kekal begitu. Tekanan darah normal boleh naik atau turun tergantung aktiviti fizikal yang di lakukan dan keadaan emosi anda. Jadi, tidak perlu panik ketika mendapati tekanan darah anda berbeza, dan mengapa angka tersebut tidak konsisten tinggi atau rendah dalam waktu lama.



Jika hal itu terjadi, bermakna anda mengidap hipertensi (tekanan darah tinggi) atau hipotensi (tekanan darah rendah). Kondisi tersebut menjadi salah satu pertanda buruknya kesihatan anda.

Hipertensi. Anda berisiko terkena hipertensi jika tekanan darah anda melebihi 120/80 atau biasa disebut pra-hipertensi. Anda dikatakan terkena hipertensi ketika tekanan darah anda 140/90 atau lebih. Sayangnya, keadaan yang membahayakan nyawa ini kerap tidak menampakkan tanda-tanda awak sehingga banyak pengidapnya yang tidak tahu jika mereka mengalami hipertensi.

Hipertensi yang tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada penyakit membawa maut seperti stroke dan serangan jantung, selain itu juga boleh mengganggu penglihatan, dan menyebabkan kerosakan teruk organ lain seperti ginjal.

Beberapa kalangan yang berisiko terkena hipertensi antara lain mereka yang obesiti, perokok, orang yang berusia di atas 55 tahun, alkoholik, jarang bersenam dan suka mengambil makanan yang masin dan kalium/ kalsium/ magnesium yang rendah.

Selain itu mereka yang memiliki anggota keluarga yang mengidap hipertensi, diabetes atau penyakit jantung juga lebih berisiko.

Hipotensi. Keadaan ini terjadi ketika tekanan darah anda di bawah 90/60. Umumnya tekanan darah rendah, walaupun kronik sekalipun, tidak berbahaya jika penderita tidak mengalami gejala-gejala seperti mual, pusing, kepenatan, kehausan, penglihatan tidak jelas, pernafasan menjadi cepat dan kasar, kemurungan, kurang konsentrasi dan pengsan. ~ Sumber
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus nih bagi yg org muda lebih2 bagi mereka yg berusia sikit -- mencegah daripada mengubati ;)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.