Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat

Inilah perkongsian yang sunat dilakukan yang akan saya kongsikan dengan anda semua. Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Tanda Amaran Mati Oleh Malaikat Maut. Menulis tentang kematian sunat hukumnya. Memberitahu tentang saat kematian sunat hukumnya. Perbanyakkan mengingatkan mati kepada saudara-saudaramu... kerana orang yang bijak antara kamu adalah orang yang selalu ingat mati.

Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati...

Sebahagian para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut nyawa, "Tidakkah kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai Malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih berhati-hati?"

Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat


Malaikat menjawab, "Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda-tanda yang sangat banyak berupa penyakit, uban, penglihatan mulai tidak jelas (Terutama ketika sudah tua).

"Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila telah datang peringatan tadi, ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukankah aku telah memberimu banyak tanda-tanda bahawa sebentar lagi aku akan datang?

"Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan yang lain." (Hadis riwayat Imam Qurthubi)

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunyai dua mata diwajahnya dan dua lagi ditengkuknya, "Wahai Malaikat pencabut nyawa, apa yang akan kaun lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal di waktu yang sama: yang satu berada di hujung timur dan yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor binatang pun akan mati?"

Malaikat pencabut nyawa berkata, "Aku akan memanggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah SWT, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana (bekas) besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku." (Hadis riwayat Abu Nu'aim)


Orang mati mendengar tetapi tidak mampu menjawab


Rasulullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang terbunuh ketika perang Badar dilemparkan ke dalam sebuah perigi tua.

Kemudian Rasulullah mendatanginya dan berdiri dihadapannya. Setelah itu, baginda memanggil nama mereka satu persatu, "Wahai fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian benar-benar ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti."

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengajak berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?"

Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat

Rasulullah SAW menjawab, "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan. Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya tetapi mereka tidak dapat menjawab." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber

Kematian akan datang tak pernah terlewat walau sesaat dan tak kan tercepat walau sesaat. Dia datang pada waktu yang tepat. Orang yang bijaksana anrara kamu adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Hinggakan mereka sentiasa bersedia dengan amalan kebaikan sepanjang masa dan sentiasa berbuat kebaikan. Semoga kita diberikan peluang untuk sentiasa menyebarkan kebaikan walau nanti jasad kita telah tiada. Wallahua'lam...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. orang yang paling cerdik adalah orangbyang mengingati mati

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.