Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Cara Buat Karipap Sardin Lazat

Resepi Cara Buat Karipap Sardin Lazat. Selalu saya tulis tentang karipap inti kentang, kali ni nak share resepi karipap inti sardin. Tetapi saya lebih suka yang inti kentang dengan daun sup.. cukuplah, dah cukup puashati. Karipap lebih sedap jika tak perlu tambah banyak sangat barang dalam inti tu.. less is better, ya dak?

Setelah puas cuba dan berjaya buat karipap inti kentang, kini jom kita cuba buat karipap inti sardin pulak. Karipap inti sardin kegemaran anak bujang kecil saya, dan dia boleh makan habis karipap yang saya beli tanpa hiraukan orang lain.. teruk perangai..

Nak lepas geram, saya buat sendiri karipap inti sardin. Makanlah sampai muntah... 

Resepi Karipap Sardin Lazat


Resepi Karipap Sardin Lazat

Bahan-bahan:

Bahan untuk Doh/kulit:

500gm tepung gandum
2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
Air secukupnya
Secubit garam

Bahan untuk Inti:

1 tin sardin saiz sederhana
1 labu bawang besar | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan Karipap Sardin Lazat


1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.

3. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan garam dan gula.

5. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.

6. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.

7. Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.

8. Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.

9. Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.

10. Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.

11. Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.

12. Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan masukkan inti dan klim tepinya.

13. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.

Siap dah cara buat karipap inti sardin yang jadi igauan teruna bongsu saya. Kalau buat lebih, simpan dalam peti ais. Letak di freezer. Bila nak goreng, letak diluar sekejap., baru goreng.

Selamat mencuba.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close