Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mendidik Anak Berjaya Jadi Muslim Cemerlang Dunia Akhirat

Cara Mendidik Anak Berjaya Jadi Muslim Cemerlang Dunia Akhirat. Apabila anak-anak dekat nak periksa, ibu bapa antara orang yang risau selain daripada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik mereka. Dalam usaha menghasilkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk terlibat sama mendidik mereka mengikut kemampuan yang ada.

Saya antara ibu bapa yang bakal berdebar apabila anak-anak nak ambil periksa. Macam-macam usaha kami lakukan, antaranya berdoa, solat hajat, memberikan pesanan dan nasihat serta kata azimat pembakar semangat kepada mereka. Jadilah anak yang membanggakan ibu bapa dan guru-guru anda!

Cara Mendidik Anak Berjaya Jadi Muslim Cemerlang Dunia Akhirat
Gambar hiasan

Sebelum periksa saya akan pesan pada anak saya,

"Jaga solat. Mengaji. Hormati cikgu. Minta restu ibu bapa. Saya akan halalkan semua yang saya beri kepada dia, daripada susu hingga lah kasih sayang dan wang ringgit. Cakap dengan jelas kepada anak-anak bahawa anda telah maafkan segala kesalahan mereka. Insyaa Allah, anak anda akan happy dan lapang dada masuk dewan peperiksaan. Result pasti cemerlang, dengan izin Allah."

Cara Mendidik Anak Berjaya Jadi Muslim Cemerlang Dunia Akhirat


Saya kongsikan sedikit ilmu dari seorang ibu yang telah berjaya melahirkan pelajar pintar dan baik sahsiahnya. Insyaa Allah. Semoga perkongsian ini menjadikan kita anak yang baik kepada ibubapanya manakala anak-anak kita pula menjadi anak yang soleh dan cemerlang kepada kita pula. Belum terlambat untuk membentuk anak-anak kita kerana ALLAH sentiasa ada dan bersedia mendengarkan doa-doa hambaNya.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) & videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yg request friend dgn saya walaupn saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dgn permintaan agar saya share macamana cara mndidik Husna hingga berjaya akademik & hafazannya. Menyedari diri al faqir yg penuh dgn berbagai kelemahan ini, terasa amat  segan utk brkongsi apa2. Justeru, saya cuma WS secara personal sedikit perkongsian yg ada.

Allah izin, dlm 3 hari ini ada 2 org kenalan brtanya lg berkenaan rahsia mndidik anak. Teringat kata2 ummi angkat Husna; Ustzh Muzayyanah Abdullah...kongsikan apa2 yg baik, kerana ia adalah sumbangan kita utk ummah.

Justeru, di sini saya buang rasa segan utk share sesuatu yg sy harapkn akan mmberi manfaat kpd sahabat2. Sebenarnya tak ada rahsia pun...saya didik Husna & anak2 lain sama je mcm sahabat2 lain. Namun, apa yg saya tulis ni adalah utk memperingatkan diri / revision utk kebaikan bersama, in shaa Allah.

Yang penting, seblum kahwin...niatkan nk bina baitul muslim, baitul mu'min & baitul da'wah lillahi taala... nk lahirkn generasi soleh & solehah yg boleh mnyampaikn Islam kpd yg lain. Seboleh2nya pilih pasangan yg kita rasakan boleh saling lengkap mlengkapi ke arah itu.

Dari awal kehamilan, sntiasa amalkn mmbaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.

Sntiasa berzikir & baca Al Quran kpd ank2 dari sejak lahir lg...klu x sempat , pasanglh tape2 mngaji, kurangkn lagu2 & hiburan yg lagha. Kalau nak beli CD atau apa shj hadiah utk anak2, pastikn ada elemen ilmu. Begitu jg dgn permainan, pastikn boleh mmbina/menguji minda. Tanamkan minat membaca dgn membeli bahan2 bacaan Islamik.

Dari kecil, didik anak utk mnjadikan Islam sbg cara hidup. Ajar doa2 harian & segala amalan2 wajib & sunat, hantar anak2 ke program pemantapan rohani cthnya kem hafazan di masa cuti. Penuhi masa lapang anak2 dgn program2 ilmu.

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dr makanan syubhah. Cek betul2 bahan2 sblum mmbeli mknn utk kluarga.

Jika ada kemampuan, hantar anak2 ke sekolah agama. Kami ibubapa Husna x mampu nk melengkapkan diri anak2 dgn ilmu agama yg mndalam krn kami bukan dr aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM K. Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK. Justeru, Husna & adik beradik kmi hntr bersekolh rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yg mnggunakn kurikulum MUSLEH, yg mnekankn keseimbangan dr segi akademik, akhlak & pmntapan rohani. Memang agak perit dr segi monthly expenses tp itulah namanya pngorbanan. Smoga mnjdi saham akhirat utk kami.

Cara Mendidik Anak Berjaya Jadi Muslim Cemerlang Dunia Akhirat

Selalu bw anak2 ke mjlis2 ilmu dari kcil lg.
Untuk tidak mnganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah ank2 kita tidak mnjadi distraction kpd org lain. Walaupun kita tidak dpt 100% ilmu yg dsampaikn krn trpksa mlayan ank2, ini adalh usaha utk mndapat keberkatan org2 alim dg mghadiri mjlis ilmu yg diibaratkan sbg taman2 syurga.

Kunci kjayaan anakanda Husna ialah mnjaga hubungan dgn Allah & manusia. Husna slalu mohon maaf & doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya. Kadang2 smpai entah brp kali mnta maaf & doa dlm skali call.

Selalu pesan pd anak2 utk jadi org berguna, bukan hanya pd diri & keluarga tapi juga kpd ummah.

Saya selalu pesan supaya Husna tolong kwn2..wlaupn dia sndri kdg2 xsempat study (dia byk trlibat dg aktviti luar)....bila kwn mai mnta tolong ajarkan, jgn hmpakan.....sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita.
Juga, amat penting juga menghormati guru krn di situlah letaknya keberkatan ilmu.

Sentiasa doakn ank2 dlm sujud terakhir solat. Sy amalkn doa yg Us Kazim Alias share iaitu ayat 82 dlm Surah Yasin; Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun ....(masa ni kita doalh apa nk doa dlm hati )....  fayakun. Doa ini jg boleh diamalkn di waktu2 lain, bukn hanya dlm sujud trakhir.

Dlm mndidik ank,

kita perlu jd role model. Cth klu nk ank yg solat di awal wktu, kita sdri kna istiqamah. Kita nk anak yg positif & mngamalkn sgl sifat2 mahmudah, kita sdri kna trlbih dulu mngamalknnya.

Sentiasa niatkan segala apa yg kita lakukan sbg ibadah, ikhlas krn Allah..  Makan pun ibadah jika niatnya utk mnguatkan diri bg mningkatkn ibadah & kita tidak mkn mknn yg haram. Apatah lg usaha utk mndidik & mmbesarkn anak utk mlahirkn generasi yg berguna kpd ummah.

Juga, dlm melakukan setiap kebaikan, jgn lupa niatkan utk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yg kita kasihi. Di smping beroleh mnfaat dari kebaikan yg kita lakukan, kita juga in shaa Allah akan beroleh pahala berganda krn mngikut sunnah yg sememangnya satu amal soleh yg disukai Allah.

Wallahu a'lam..... sesungguhnya saya masih terlalu amat banyakkkkkkkk kelemahan...cuma share skit2 yg saya tahu...smoga brmnfaat.
Mana yg dirasakn baik tu boleh diamalkn..
Yg kurang tu saya mohon brbanyak kemaafan.
Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.

Maaf kerana saya tidak edit setiap kata dan nasihatnya kerana saya nak kita rasa apa yang ibubapa itu rasa, bangga dan keterujaan mendapat anak yang mengharumkan nama mereka di samping ada anak yang cukup didikannya. Saya nak kita rasa apa yang dia rasa...

Subhanallah.. jom ikuti caranya mendidik anak dari dalam perut lagi untuk menghasilkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close