Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik

Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik. Ada yang nak resepi kek pandan kukus cheese leleh? Atau anda hanya suka beli dan terus makan?😂😂😂 serupa saya.. its okay, mudah dan terus leleh di mulut. Ya dak? Tapi mana tahu hujung minggu nanti anda terlebih rajin dan ada masa.. bolehlah buat cheese leleh pandan kukus dan ikuti langkah demi langkah resepinya seperti di bawah.

Kenapa saya suka kek cheese pandan leleh berbanding kek yang lain. Saya suka kerana warnanya yang hijau cantik dan rasa segar. Kalau anda nak buat perisa vanila atau coklat pun boleh, tak jadi masalah.

Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik 


Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1. Telur - 4 biji (*)
2. Gula - 1/2 cawan (*)
3. Ovallete - 1 sudu besar (*)
4. Pewarna hijau - beberapa titik
5. Perisa pandan - 1 penutup botol
6. Tepung gandum - 1 setengah cawan
7. Baking powder - 1 sudu teh
8. Minyak masak @ minyak jagung - 1/4 cawan

Cara buat kek pandan kukus cheese leleh


1. Pukul bahan-bahan yang bertanda (*) hingga kembang dan ringan

2. Kemudian masukkan pewarna, perisa, tepung gandum, baking powder dan minyak masak @ minyakjagung.... kacau sehingga rata.

3. Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan kek tersebut.

4. Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil utk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.

5. Pastikan air kukusan dimasak terlebih dahulu. Kukus kek selama 40 minit.

6. Selepas kek dimasak, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.

7. Belah bahagian tengah kek dengan menggunakan benang.

Bahan-bahan Topping

1. Cream cheese - 250 gram
2. Susu pekat - 1/2 cawan
3. Susu cair - 1/2 cawan
4. Cheddar cheese blok

Cara buat topping atas kek pandan kukus

  • Pukul bahan-bahan di atas sehingga sebati dan tidak berketul.
  • Sapukan di bahagian tengah dan di atas kek
  • Parutkan Chedder cheese blok di atas topping tadi... kalau dapat parut yg halus tu, lagi cantik....
Kek Pandan Kukus Cheese Leleh Terbaik

Selamat mencuba resepi kek kukus pandan cheese leleh terbaik dari ladang! Dah cuba, tapi tak menjadi. Jangan putus asa. Kena cuba lagi hinggalah anda telah yakin dengan kebolehan anda. 😆😆
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.