Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Rendang Ayam Terbaik Dan Paling Mudah

Resepi Rendang Ayam Terbaik. Simple sangat. Tengok sekali je pun dah boleh buat. Hehe.. bagus ni untuk anak dara yang tak reti masak Rendang Ayam! Meh tengok resepi masak rendang ayam paling mudah. Rendang ayam paling disukai oleh anak-anak saya sebab lebih lembut dan sedap berbanding rendang daging. Ada terkena masak rendang daging belum cukup lembut, dah dihidang. Sesetengah restoran pun sama.. ermm.. tak tau nak cakap apa..

Jadi, kepada anak dara dan mak dara yang nak belajar masak rendang ayam.. jomlah cuba resepi paling mudah yang saya sahre kan kat bawah ni.

Resepi Rendang Ayam Terbaik Dan Paling Mudah

Resepi Rendang Ayam Terbaik Dan Paling Mudah

Resepi Rendang Ayam Terbaik Dan Paling Mudah


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 labu bawang
6 ulas Bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci Kunyit hidup
3 sudu Lada kering
3 sudu Kerisik
3 keping asam keping
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
Gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan:


1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Warna tumisan bertukar coklat, orang kata dah terbit minyak. [Minyak biar banyak sikit, biar semua bahan rata kena minyak.. baru sedap!]



2. Masukkan ayam dan gaul rata agar sebati dengan bahan rempah tadi. Sampai ayam lembut dan keluar airnya.


4. Masukkan santan dan asam keping. Kacau rata. Ambil daun limau purut, daun kunyit dan kerisik, masukkan. Kacau dan gaul rata. [Guna kerisik yang segar, barulah rasa rendang anda ada umphh!!]


5. Perisakan dengan garam dan gula.

Untuk rendang yang sedap, kena masak ayam sekali dengan kuah. Jangan goreng dulu ayam nanti flavour (rasa rempah) rendang tak serap dalam ayam.

Rendang ayam yang paling mudah dah siap dimasak. Semoga anda semua boleh cuba ya. Bagi yang pertama kali masak rendang, harap resepi ni dapat membntu anda semua memasak rendang yang paling simple tapi sedap!


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments