Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah Kepada Pesara Kerajaan Yang Meninggal Dunia

Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah Kepada Pesara Kerajaan Yang Meninggal Dunia. Ramai yang tidak tahu bahawa pesara kerajaan boleh memohon bantuan mengurus jenazah apabila telah meninggal dunia. Warisnya atau ahli keluarga terdekat boleh menguruskan hal ini.

Adalah dimaklumkan bahawa pesara kerajaan yang meninggal dunia pada @ selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000.

Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah Kepada Pesara Kerajaan Yang Meninggal Dunia

Anda diminta sampaikan dan panjang-panjangkan informasi ini kepada keluarga, saudara mara dan kenalan yang bergelar PESARA KERAJAAN dan waris mereka supaya kemudahan ini dapat dituntut.

Cara Memohon Bantuan Mengurus Jenazah Kepada Pesara Kerajaan Yang Meninggal Dunia


Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)

Jumlah bantuan adalah sebanyak RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja).

Penerima Mengikut Keutamaan


i) Balu/Duda;
ii) Anak;
iii) Ibu/Bapa
iv) Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
v) Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).

Cara Memohon


Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya
Malaysia


Cara Bayaran


Penerima dalam Malaysia:
i) Waran
ii) Kredit Bank

Penerima di luar Malaysia:
i) Pindahan Telegrafik
ii) Deraf Bank

DOWNLOAD BORANG BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ)

Semoga anda boleh kongsi dan sebarkan maklumat di atas untuk manfaat bersama.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close