BAJET 2018 menyaksikan kerajaan cuba menerapkan nilai yang seimbang dunia akhirat untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek. Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017.
Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.
Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:
* merancak pelaburan perdagangan dan industri
* menuju Aspirasi TN50
* mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
* memacu pembangunan inklusif
* mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
* mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
* meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
* mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Bonus Penjawat Awam RM1,500 Dibayar 2 Kali Tahun 2018
Dalam #Bajet2018 Bonus untuk penjawat awam adalah seperti berikut:
~ RM1,500 untuk penjawat awam
~ RM750 untuk pesara kerajaan

Bonus kepada semua penjawat awam akan dibayar 2 kali iaitu RM1,000 dibayar pada awal Januari 2018 dan bakinya RM500 akan dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Bonus bagi pesara kerajaan juga dibuat bayaran 2 kali iaitu RM500 pada Januari 2018 dan bakinya RM250 akan dibayar menjelang hari raya aidilfitri.
Bersyukurlah. Nikmat Tuhanmu yang mana nak kau dustakan?😘
Semoga terus berjaya dan cemerlang kepada seluruh penjawat awam di seluruh negara. Anggaplah Bonus RM1,500 yang akan di bayar 2 kali tahun depan sebagai mempermudah urusan anda sekeluarga dan hasilnya kerja anda dilakukan dengan prestasi yang baik.

Alhamdulillah habuan penjawat kerajaan dan pesara
ReplyDelete