Cara semak baki tabung haji di Maybank2u hanya boleh dilakukan setelah anda mendaftarkan no akaun dan no siri buku tabung haji anda di mesin ATM mereka. Ini adalah syarat utama supaya akaun tabung haji anda dapat diselaraskan dengan sistem Maybank2u. Faham ya? Ada cara nak daftar akaun tabung haji di Mesin ATM Maybank yang telah saya post entrinya dahulu.
Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dari Maybank2u
Sebelum ini saya ada juga share cara daftar akaun tabung haji di Maybank. Tapi mesti kena kad ATM maybank dengan anda la..
Tapi kali ini saya nak share cara semak baki tabung haji secara online di Maybank2u. Caranya amat mudah, hanya ada beberapa langkah aje.

1. LOGIN ke akaun maybank2u anda, masukkan USERNAME & PASSWORD macam biasa.
2. Cari ACCOUNTS AND BANKING
3. Tekan TRANSFERS, akan keluar banyak menu. Cari menu TABUNG HAJI
4. Klik pada menu tersebut dan cari pula Balance Inquiry. Klik dan masukkan maklumat yang diperlukan. Ikut arahan diberi.
Dah siap!
Senang kan? Hanya beberapa langkah, anda dah boleh semak baki akaun tabung haji anda di Maybank2u. Tapi kalau anda nak kemaskini buku tabung haji anda, kenalah pergi ke cawangan tabung haji berhampiran anda. Kat Maybank tak boleh update ya..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.