Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2018

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2018. Cepat masa berlalu. Tahun 2017 bakal kita tinggalkan. Selamat datang kepada tahun 2018. Entah sempat atau tidak langsai azam tahun 2017. Nak kena buat azam baru pula untuk tahun 2018. Kalau tak ada azam baru, macam tak lengkap pula perjalanan seorang manusia ni.. sebab dah jadi kelaziman.. cerita tentang jadual dan tarikh bayaran gaji kakitangan awam tahun 2018, saya berharap perkongsian ini memudahkan urusan korang untuk mengawal perjalanan perbelanjaan ya..

Tarikh gaji masuk memang di tunggu-tunggu. Sebab apa jadual dan tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan ni penting? Sebab hampir 2 juta kakitangan awam di seluruh negara yang perlu dikendalikan.. kuasa beli dan pengaruh kewangan mereka cukup besar kepada bank-bank di Malaysia. Kalau nak buat sales pun.. ikut tarikh dia orang dapat gaji. Itu memang keistimewaan mereka sebagai kakitangan kerajaan yang setia dan dedikasi.

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2018


Jadual gaji 2018 dan pembayaran gaji penjawat awam ini dikeluarkan berdasarkan hebahan daripada surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3, Tahun 2017 yang bertajuk “Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018”.

Sekiranya pembaca inginkan maklumat yang lebih sahih, anda disarankan melayari Portal RASMI ANM di http://www.anm.gov.my/index.php untuk maklumat yang lebih tepat.

Anda boleh semak jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan awam seperti di bawah.
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2018

Tarikh dan jadual pembayaran gaji di atas adalah dari sumber Akauntan Negara Malaysia. 

Semoga dengan adanya jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan seperti di lampirkan di atas, dapat membantu kakitangan kerajaan membuat dan mengendalikan kewangan mereka secara berhemah.

Saya sertakan sekali jarak masa setiap tempoh bulan ke bulan berikutnya bayaran gaji dilakukan. Ada jarak tempoh yang lama dan ada pula yang seragam. Rujuk jadual di bawah pula ya..
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2018
Nota:

Tulisan berwarna merah menunjukkan selang hari gaji yang panjang untuk sampai kepada hari gaji berikutnya. 

Maka, dalam tempoh kritikal itu berjimat cermat adalah merupakan satu penyelesaian yang bijak.

Semoga bermanfaat. Sekali lagi, sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jadual pembayaran gaji tahun 2018, anda boleh terus merujuk kepada Akauntan Negara Malaysia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close