Info Yang Anda Cari:
Beli Zus BB Sebab Tersilap Cakap
Sedang elok saya main handphone, anak bujang membuka pintu kereta dan menyerahkan air Zus yang saya order. Alamak besarnya? Saya rasa tak order air dalam botol ni. Botol besar Chocolate berries tu seberat 800ml ya!

Dia order chocolate berry, dan adik kaunter tu dengar BB chocolate berries. My son tanya balik, ini ke chocolate berry? Dia jawab ya dan siap pesan air tu manis sangat. Satu botol kena bancuh dengan ais lagi dan boleh dapat 3 botol saiz cawan standard di Zus Coffee. Dah habis gelak dan confirm silap dengar ni, kami pun search menu Zus coffee yang ada perkataan berry. Rupa-rupanya si adik dulu beli Matcha Strawberry!! 😂😂😂 Saya pula sebut chocolate strawberry. Memang lah ada, tetapi dalam big bottle (botol besar). Harga sebotol chocolate BB tu adalah RM25.90.

Sampai rumah je, kami masukkan ais ketul dengan lebih banyak hingga hilang sedikit rasa manisnya yang teramat manis tadi. Biasa yang tukang beli air Zus adalah si adik. Dia lebih pakar dalam order air kegemaran si ibu. Datang si abang, chocolate strawberry jadi chocolate berry. Eloklah tu cashier dengan pelanggan sama-sama salah faham.
Nasiblah nak, kita beli air chocolate beratnya 800ml. Dah lah manis giler rasanya.. huhu
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.