Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar eCCRIS

5 Langkah mudah untuk mendaftar eCCRIS. Apa yang dimaksudkan dengan eCCRIS? eCCRIS adalah laporan yang mengandungi maklumat kredit atau hutang peminjam secara atas talian. Anda boleh print sendiri laporan kredit anda dari rumah atau tempat kerja. Tak perlu lagi nak pergi ke cawangan Bank Negara, seperti sebelum ini.

Sebelum itu kita tengok dulu apakah itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.

Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:
  • Kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institute kewangan.
  • Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.

5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar eCCRIS


Kini, BNM telah memperkenalkan eCCRIS. Rujuk info di bawah berkenaan panduan untuk mendaftar eCCRIS. Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar eCCRIS

Langkah 1: Permintaan PIN 6-digit di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.

Langkah 2: Sahkan identiti anda di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK. Bagi individu, pengesahan biometrik dengan MyKad, dan pendaftaran
nombor telefon mudah alih yang akan dilakukan di Kios CCRIS. Selepas itu, PIN 6-digit akan dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda.

Langkah 3: Masukkan nombor IC anda dan PIN 6 digit untuk log masuk kali pertama di https://eccris.bnm.gov.my

Langkah 4: Tetapkan ID Pengguna dan kata laluan pilihan anda. Kemudian, pilih imej keselamatan dan frasa keselamatan dan tetapkan tiga soalan dan jawapan
keselamatan kepada soalan-soalan yang dipilih.

Langkah 5: Untuk akses kepada laporan CCRIS dalam talian, individu perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Pergi ke https://eccris.bnm.gov.my;
Log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan anda; dan
Sila pilih CARIAN > Carian Sendiri - Individu

Nota : Kod Kebenaran Transaksi Anda (TAC) diperlukan sebagai langkah keselamatan tambahan apabila anda ingin menukar nombor telefon bimbit berdaftar anda.

Anda boleh mendaftar di pejabat Bank Negara Malaysia dan juga pejabat cawangan AKPK di :

1) Kuala Lumpur
Tingkat 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

2) Pulau Pinang
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Penang

3) Johor
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru

4) Terengganu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu

5) Sabah
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu

6) Sarawak
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching

7) Kedah
No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar

8 ) Perak
Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato' Seri Ahmad Said
30450 Ipoh

9) Melaka
Ground & Mezzanine Floor,
No 179, Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka

10) Pahang
G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan

11) Kelantan
PT5, Ground Floor
Kota Indah, Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu

 Layari http://ask.akpk.org.my/ untuk tips-tips pengurusan kewangan terbaik. #askAKPK #eCCRIS

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close