Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Minum Green Tea Dengan Lemon Untuk Turunkan Berat Badan Berlebihan

Minum Green Tea Dengan Lemon Untuk Turunkan Berat Badan Berlebihan. Ini ikut pengalaman sendiri. Ketika saya membeli kasut di satu kedai pakistan.. saya berbual dengan rakan-rakan tentang saiz kasut dan berat badan juga mempengaruhi. Sambil bergurau mencuba saiz kasut, budak pakistan tu menyampuk. Dia ada seorang rakan yang gemuk tetapi dapat turunkan berat badan dalam masa 2 minggu. Sekadar minum air yang campur dengan lemon. Nampak tak bagaimana cara mereka turunkan berat badan begitu mudah dan murah. Sebiji lemon berharga RM1.80 saiz sederhana boleh digunakan 3 kali. Hiris nipis dan perah atau rendam lemon tu dalam air suam. Minum macam anda minum air masak. Memang sedap.

Haaa... nampak tak kat situ peranan lemon dalam menghakis lemak tepu dalam badan. Hihi..

Apakah air yang diminumnya itu? Bukan air yang memabukkan tau..

Minum Green Tea Dengan Lemon Untuk Turunkan Berat Badan Berlebihan


Ya!

Mengikut pengalaman si pakistan tadi, rakannya telah minum air teh hijau atau green tea untuk turunkan berat badan. Daripada saiz XXXL turun kepada XL dalam masa 2 minggu.

Boleh percaya ke?

Kenapa tidak? Saya pun dah amalkan minum lemon suam secara konsisten selama 5 tahun. Alhamdulillah, pencernaan saya semakin baik dan konsisten. Jarang batuk berkahak.. lepas makan makanan berminyak saya akan mengambil segelas air lemon suam. Kulit tubuh pun semakin elok dan sekata.

Jom ramai-ramai kita minum air teh hijau atau green tea untuk dapatkan tubuh yang ideal dan yang penting sihat.

Cara menyediakan green tea dengan lemon yang ringkas.

Selain itu menambahkan lemon dalam teh hijau juga akan meningkatkan jumlah anti oksidan. Berikut ini adalah 5 cara mudah dan cepat untuk melakukan diet teh hijau dan lemon untuk tubuh langsing seperti yang telah disiarkan oleh liveb.com.

Minum Green Tea Dengan Lemon Untuk Turunkan Berat Badan Berlebihan

➡ Step 1: Pilihlah green tea atau teh hijau dan juga lemon organik yang terjamin kesihatannya dan kebersihannya.

➡ Step 2: Hindari kopi di pagi hari dan sebagai gantinya minumlah teh hijau tanpa gula. Ini akan jadi mood booster yang sama efektif dengan kopi kerana mengandungi kafein yang cukup.

➡ Step 3: Tambahkan jus lemon dalam green tea anda. Perah setengah biji lemon atai 3 keping hirisan lemon dan campurkan pada green tea anda. Penelitian yang dilakukan oleh Universiti Purdue membuktikan bahawa kandungan antioksidan di dalamnya akan membantu metabolisme dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.

➡ Step 4: Hindari minuman yang mengandungi gula, ganti dengan green tea dan juga lemon infused water (air detox). Minuman ini tidak mengandungi kalori yang akan membuat pembakaran lemak lebih maksima.

➡ Step 5: Minumlah green tea dengan lemon setiap kali sebelum makan.

Jurnal kesihatan Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics” membuktikan bahawa orang-orang akan kehilangan 75 kalori ketika mereka meminum air sebelum makan. Efek yang sama bahkan lebih baik akan diperoleh dengan mengambil green tea dan juga lemon.

Tapi ingat ya... teh hijau tak boleh diambil oleh semua orang. Orang yang memiliki masalah jantung dan buah pinggang, sakit maag, masalah psikologi, atau yang sedang hamil atau menyusukan anak harus mengawal atau menghindari teh. Kena dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil minuman tersebut. 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Isteri saya lepas pantang bersalin ada amalkan ni. Tapi sebab lemon ni agak mahal, jadi tak boleh nak istiqomah .. :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close