Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tampilkan Template Blog Berbeza Dan Mesra SEO Untuk Kelainan

Tampilkan Template Blog Cantik Ringkas Dan Mesra SEO Untuk Kelainan. Blog ada beratus ribu dalam dunia ni, jadi tampilkan template blog yang berbeza agar orang mudah ingat bila pertama kali singgah di blog anda. Ada banyak template blog yang percuma dan berbayar, anda cuma perlu pilih dengan bijaksana agar blog anda nampak profesional bila ditampilkan.

Tak tahu nak dapatkan template percuma? Di bawah ini saya senaraikan antara website yang menawarkan template blog secara percuma dan berbayar.

  • Goyaabi Templates
  • Sora Templates
  • Arlina Design
  • MasSugeng
  • Blogger.com

Kenapa mesti tampilkan template yang berbeza daripada blog lain?

1. Sebagai pengenalan diri blog anda, boleh teka itu blog milik wanita atau lelaki
2. Sebagai branding
3. Sebagai satu kelainan yang terlihat outstanding daripada orang lain
4. Lebih profesional
5. Kelihatan kemas
6. Menarik pengiklanan dan menambahkan income

Tampilkan Template Blog Berbeza Dan Mesra SEO Untuk Kelainan


Blog yang berbeza niche dan template memang satu kelebihan kepada seseorang blogger. Ada banyak benda dalam template yang boleh anda jadikan benchmark atau tanda pengenalan blog anda.

Tampilkan Template Blog Berbeza Dan Mesra SEO Untuk Kelainan

Contohnya, aynorablogs menampilkan blog berwajah majalah atau magazine. Khas untuk wanita tetapi pembaca lelaki boleh je singgah. Jadi, blog saya lebih berwarna kerana wanita kan sukakan sesuatu yang menarik. Antara item dalam blog yang saya kekalkan adalah pada sudut popular post atau post viral. Saya ubah suai widget dengan warna pelangi dan nampak menarik dan simple bila ditampilkan. Tak susah pun. Ada basic widget kod, anda mainkan dengan kod warna, lebar, dan font-style kesukaan anda. Dah siap!!

Jika blog anda adalah blog sukan, cuba tampilkan template yang berkaitan. Kalau terlalu simple dan putih sahaja, mungkin pengunjung yang singgah akan merasa bosan. Ada banyak blog sukan yang boleh dicontohi penampilannya yang nampak berbeza.

Tampilkan warna blog dan layout yang berbeza daripada orang lain. Kadang-kadang bila blogwalking ke blog rakan blogger, saya akan nampak ramai blogger yang menggunakan tema warna yang hampir sama dan layout yang serupa. Itu tak bagus untuk pengunjung yang baru pertama kali singgah. Mereka ingat mereka telah masuk ke blog yang sama. Jadi, mereka akan terus pangkah.

Kita ada ramai pembaca blog yang mencari info dan tanggapan pertama mereka adalah bergantung kepada template yang kita tampilkan. Jika blog nampak profesional, mereka akan datang bLik. Sebab apa? Kerana mereka akan meletakkan tanggapan bahawa blog tersebut adalah sebuah blog yang ptofesional dan boleh dipercayai.

Tahukah anda bahawa penampilan blog boleh mempengaruhi kebolehpercayaan atau authoriti blog kita? Cuba anda buat perbandingan sendiri. Anda pasti percaya apa yang saya kata nanti..

Memang ramai yang kata buat apa nak pening kepala fikir template, kalau isi bagus tentu blog akan dapat carian yang banyak di Google. Memang betul.. tapi tahukah anda bahawa first impression itu pun amat penting dalam persaingan ratusan ribu blog di luar sana.

Ingin jadikan blog anda sebagai sumber carian yang utama di enjin carian Google? Pertama anda ada konten yang sangat bagus, kedua blog mesra SEO dan seterusnya template yang profesional pun penting.

Selamat berjaya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close