Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Berempah Dengan Serai Dan Lengkuas

Resepi Ayam Goreng Berempah Dengan Serai Dan Lengkuas. Ayam goreng berempah meletop! Itu nama viral untuk resepi ayam goreng yang saya nak share nanti. Ada banyak FB yang share pasal resepi ayam goreng berempah meletop top pop! Haha..

Bila ramai yang share, saya pun ikut share supaya mudah dijadikan rujukan kepada diri sendiri bila nak masak. Taip nama blog dan search nama resepi, mudah kan?

Ada yang tanya macam mana nak dapatkan jurai-jurai lepas ayam berempah tu digoreng. Orang kata lebihkan lengkuas sebab yang jurai-jurai tu datangnya dari lengkuas.

Lepas bahan kisar siap dikisar, toskan bahan kisar agar ayam berempah lebih enak.

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

Resepi Ayam Goreng Berempah Dengan Serai Dan Lengkuas

Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

2 biji telur ayam
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Sebungkus biji ketumbar ditumbuk
Daun kari
Sebungkus tepung jagung
* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara penyediaan ayam goreng berempah meletop:


1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan B dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.


Resepi Ayam Goreng Berempah Dengan Serai Dan Lengkuas

5. Siap dan boleh dimakan semasa tengahari hingga ke malam.. 😁😁😁, boleh dipadankan dengan lauk lain dan juga sayuran kegemaran anda.

Kredit: Khumaira CAFE & Catering, Facebook Senangnya Masak

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close