Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Awal Kita Hidapi Masalah Kesihatan

Tanda-Tanda Awal Kita Hidapi Masalah Kesihatan. Macam-macam penyakit yang wujud adalah disebabkan pemakanan kita. Apa yang kita makan itulah gambaran kesihatan kita. Kalau suka makan berkalori tinggi dan manis, maka kita akan tahu apa kesannya pada tubuh kita. Kalau suka makan junk food, nanti dapat kesannya juga pada tubuh kita, sebab makanan tersebut diproses dengan menggunakan banyak bahan kimia. Jadi, makan lah dari sumber yang sihat dan ambil dalam jumlah yang sederhana je. Okay..

Nabi pun ada pesan, berhenti makan sebelum kenyang. Jangan melantak tak habis-habis, kan...? Lagi satu, makanlah dari sumber yang halal. Jangan dekati makanan yang diharamkan. Kalau Allah dah halang, mesti ada sebab dan kesannya kepada tubuh. Tak caya.. banyakkan membaca.. anda akan jumpa hikmahnya setiap larangan itu.

Tanda-Tanda Awal Kita Hidapi Masalah Kesihatan


Jom baca dan hadamkan INFO BERGUNA di bawah sebagai rujukan ringkas dan panduan ketahui tahap kesihatan tubuh badan kita.

Tanda-Tanda Awal Kita Hidapi Masalah Kesihatan

SAKIT DI BAHAGIAN BAHU
●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

SAKIT TUMIT KAKI
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
●Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . _Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.
_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

● Proses menyeimbangkan urat saraf.

● Menandakan luka di dalam badan.

● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH

Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH*
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

*RASA BIMBANG DAN TAKUT*
..Sistem paru-paru yang lemah.

*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.

Sharekan dan bagitahu rakan sahabat anda yang kurang ilmu tentang tanda-tanda awal kita menghidapi sesuatu penyakit. Bila dah tahu, kita kenalah amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat. Cegah sebelum melarat.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close