Sektor pekerjaan saya di kelilingi oleh pelbagai bangsa dan pemikiran kami tentang akhir tempoh perkhidmatan amat berbeza. Saya sebagai orang melayu Islam berfikir bahawa paling lama saya bekerja adalah sehingga usia mencecah 60 tahun seperti dalam terma surat tawaran pekerjaan dahulu. Jika saya bersara awal dari itu boleh saja, asalkan menghantar notis dengan masa yang cukup untuk mencari pengganti. Selebihnya saya telah merancang untuk buat sesuatu yang merehatkan minda dan jiwa iaitu dengan selalu dekat dengan Tuhan, lebih senang cakap --- sentiasa berada di taman-taman Syurga 😍😍

Tetapi bangsa lain fikiran mereka berbeza. Hidup mereka adalah demi WANG. Selagi mereka boleh bekerja, mereka sanggup sambung kontrak hingga usia 70 tahun kerana itu adalah umur maksimum dalam polisi syarikat kami yang dibolehkan bekerja.
Tiba Masanya Untuk Kita Berhenti Mengejar
Ada orang yang bekerja sepanjang 35 hingga 40 tahun perkhidmatan dan hanya mengambil cuti yang diberikan oleh syarikat. Mereka sentiasa mengutamakan pekerjaan demi menyara isteri dan anak-anak. Hinggakan ada sesetengah ketua keluarga tidak pernah menyertai percutian keluarga, melancong bersama rakan-rakan atau mengambil rehat secukupnya walaupun ketika kurang sihat. Mereka sangat komeited dengan berfikir bahawa biar bekerja keras sekarang. supaya nanti selepas bersara dapat menikmati hidup sepuasnya.
Persoalannya adalah --- sempatkah kita semua dapat merasai hidup sepuasnya selepas bersara??
Bila difikirkan balik kisah di atas, pernah kah anda terfikir tentang ramai individu yang menghabiskan sebahagian besar hidup mereka mengejar kerjaya sehingga mengorbankan masa, kesihatan dan kebahagiaan diri.
Ramai ketua keluarga yang terperangkap dalam perlumbaan hidup tanpa menyedari bahawa masa muda, kesihatan dan peluang bersama keluarga tidak boleh dikembalikan.
Apakah penghujung yang kita kejar? Adakah selepas anak-anak membesar dan mempunyai kehidupan sendiri? Atau ketika kita sudah terlalu tua, letih dan sakit untuk menikmati hasil usaha selama ini?
Bekerja Hingga Akhir Usia?
Bekerja dengan penuh komitmen adalah sesuatu yang baik, namun seseorang tidak seharusnya mengorbankan diri sehingga kehilangan tahun-tahun terbaik dalam hidup.
Kerja bukanlah seluruh kehidupan. Ambillah cuti tahunan, gunakan cuti sakit apabila perlu, bercutilah bersama keluarga, jaga kesihatan dan berehat.
Jangan tangguhkan kebahagiaan sehingga hari persaraan kerana tiada siapa yang tahu sama ada kita masih berpeluang menikmatinya pada masa akan datang.
Tidak salah jika korang mencintai kerjaya yang telah diceburi. Tetapi ingatlah, bahawa kehidupan sangat singkat dan keseimbangan antara kerjaya, kesihatan serta masa bersama insan tersayang adalah perkara yang tidak ternilai.
Tip ringkas untuk renungan bersama
1) Jangan tangguhkan kebahagiaan sehingga hari persaraan.
2) Gunakan cuti tahunan dan cuti sakit yang diperuntukkan.
3) Ambil rehat secukupnya bagi mengelakkan tekanan melampau.
4) Seimbangkan tuntutan kerja dengan kehidupan peribadi.
5) Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.
6) Utamakan kesihatan dengan pemeriksaan berkala dan gaya hidup sihat.
7) Hargai masa ketika masih sihat, bertenaga dan berkemampuan.
Kesimpulan
Akhirnya, diri kita sendiri lah yang perlu mencorakkan usia pekerjaan kita, membantu anak-anak seperlunya dan biarkan mereka berjalan sendiri dengan bekalan ilmu yang telah kita titipkan. Ada waktu yang sesuai untuk kita berhenti mengejar dan berlari, gantikan dengan jalan perlahan-lahan, melihat pemandangan dan pelangi yang indah sambil membawa hati yang tenang dan redha untuk kembali di sisiNya.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.